Isnin, 7 Januari 2013

Trip Casting 6/1 Kembali Menyumpit!

Setelah bersusah payah dari subuh lagi, trip ini dapat mengembalikan keceriaan hari saya. sakit kepala dan kisah sedih bergelumang dengan tugasan yang diamanahkan, menyebabkan saya lewat sampai di pangkalan. Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana terpaksa menyusahkan anda semua. Ucapan takziah juga kepada ahli keluarga mangsa kemalangan terbabit. Maaf, kerana usaha yang kami lakukan masih tidak dapat menghalang pemergian mangsa. Takziah kami ucapkan.

Walaupun agak sedih dengan hal tersebut, janji masih perlu di tunaikan. Bertolak agak lewat, kami meneruskan aktiviti memancing dengan umpan Perumpun dan udang pasar. Lokasi pertama adalah kawasan pantai yang banyak reba kayu besar di laluan masuk ke sungai. Hasil yang berjaya dinaikkan??

Adalah sebesar ni, Gerut-gerut comel tertipu dengan dengan umpan yang saya sajikan. Beberapa kali juga tersangkut di reba kayu. Ketika ini juga buntal sebesar ibu jari banyak mengganggu. Mungkin faktor air pasang jernih dan kurang berarus menyebabkan geng cikbun ni aktif.

 Kami berhenti di lokasi kedua di reba pokok tumbang untuk mencari Tetanda. Namun tangkapan yang dinaikkan hanya sekor Bebolos,Gelama dan Duri.

 Masing-masing begitu tekun dengan joran yang dilabuhkan. Biasa lah, harapan kenalah ada betul tak? Yang penting usahanya jangan putus..Kami bergerak ke lokasi seterusnya di laluan biasa ke Pulau Ketam. Semasa perjalanan, kami singgah sebentar di kawasan pokok bakau untuk melontar gewang, tetapi gagal kerana kebanyakkan ikan bermain di kawasan bawah pokok bakau. Dek kerana hal tersebut salah satu gewang yang dilontar di celah pokok nyaris putus kerana tersangkut.

 Hah tengok, kan dah dapat ni! Saya gunakan pelampung dan udang mati sebagai umpan.

 Hahaha siap gigit joran pulak dah! Yang ni guna umpan udang mati..Teringin nak tengok diorang ni menyambar gewang..

 Dua ekor sekali di lokasi belakang pokok bakau..Seekor Gerut-gerut saiz comel pun tersangkut di kail saudara Mancasting75 ni..

 Kebanyakan Sesumpit bersaiz besar gemarkan lokasi seperti ini. Akar bakau yang berselirat memberikan kelebihan dan perlindungan kepada ikan ni.

 Berkat kesabaran, akhirnya gewang yang dilontar mengena juga.

 Yang ni pulak Popper lutsinar,
 juga berjaya memperdayakan sang Sesumpit..

 Memang seronok layan casting kat sini, sampai tak nak keluar diorang ni..Untuk pengetahuan anda tidak semua gewang akan disambar Sesumpit di sini. Hanya jenis yang di atas saja yang berjaya. Yang lainnya menggunakan udang mati.


 Oleh kerana hari semakin petang, kami meneruskan aktiviti memancing di kawasan sangkar ikan. Hanya seekor Merah sebesar tapak tangan dan seekor Tetanda berjaya di naikkan. Kami berpindah ke kawasan reba lain untuk meneruskan aktiviti memancing. Beberapa ekor Gelama dan dan duri berjaya dibawa naik. Trip bertolak pulang ke pengkalan pada jam 6 petang. Walaupun tiada tangkapan baik seperti sebelum ini, kebanyakan Sesumpit yang di perolehi kali ini kebanyakannya bersaiz besar. Layan dengan set kecil memang seronok!