Atau.....
Anda bersama keluarga berkelah ditepi pantai. Salah seorang anak anda atau anda sendiri terpijak sisa paku atau sisa kayu bakau. Luka tersebut berdarah walaupun kecil dan pedih seketika. Oleh kerana tidak serius dan terlupa, anda dan keluarga meneruskan aktiviti berkelah seperti biasa..
Setelah anda pulang ke rumah, pada keesokkan paginya atau malam nya ketika tidur, barulah anda perasan luka tersebut kelihatan merah, berair, menyakitkan dan pedih. Apa tindakkan anda?
- Pertama sekali, jangan panik.
- Pergi ke bilik air dan cuci luka tersebut di bawah aliran air paip. Jika perlu, pancutkan air sedikit dalam luka untuk mengeluarkan saki baki kotoran(pasir/tanah/sisa air laut dan sebagainya). Biasanya luka akan terbuka sendiri apabila basah.
- Ambil 1 penutup cecair Antiseptik(Detol), campur ke dalam 1 cawan air suam.
- Ambil kapas atau kain kasa atau sapu tangan. Yang penting kain tersebut bersih.
- Celup kain tersebut di dalam air tadi dan tekapkan pada luka tersebut selama 2 minit supaya ia meresap ke dalam luka. Jangan risau, kerana antiseptik tersebut tidak akan menyakitkan luka anda. Anda akan rasa lega jika air tersebut telah meresap ke dalam luka tersebut. Sakit tersebut datangnya dari jangkitan kuman yang mula membiak di dalam luka anda.
- Celup dan sapu lagi sebanyak 3 kali sehingga anda yakin ia telah bersih.
- Akhir sekali, tutup luka tersebut dengan sedikit kain bersih dan balut. Pastikan balutan tidak menghalang aliran udara dan sekadar mengelakkan luka dimasuki kotoran.
Atau..
- Cari baldi atau bekas yang boleh muat kaki anda atau kaki anak anda.
- Campurkan 2 penutup antiseptik(Detol)dan air suam sehingga luka tersebut terendam di dalam air.
- Goyangkan-goyangkan kaki anda di dalamnya dan biarkan selama 5 minit supaya antiseptik meresap ke dalam luka tersebut.
- Setelah itu, balut luka semula. Teknik ini boleh digunakan kepada yang tidak tahan sakit seperti kanak-kanak.
- Akhir sekali, balut luka dengan kain bersih. Pastikan terdapat aliran udara pada balutan tersebut. Tujuannya supaya tiada kotoran masuk ke dalam luka.
Atau..
- Jika ketika memancing, anda cuci luka tersebut dengan air mineral sehingga bersih.
- Campur 1 penutup antiseptik dengan separuh botol kecil air mineral.
- Curah dan gosok sedikit pada luka sehingga hilang kotoran dan yakin telah meresap.
- Balut jika ada kain bersih atau biarkan saja. Jika tiada balutan dibuat, sila pastikan anda tidak mengotorkan luka tersebut.
- Jika paku atau besi karat, segera ke hospital terdekat! AWAS! Jangan tunggu hingga esok pagi kerana jangkitan telah berlaku dan anda mungkin kehilangan kaki jika tidak berbuat demikian. Jangkitan paku karat juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika anda pengidap kencing manis dan Kancing Gigi.
- Di sinilah keperluan FirstAid Kit. Sila pastikan anda mempunyai keperluan ini di rumah, dalam kereta atau pun ketika memancing. Benda sekecil ini mampu menyelamatkan diri, keluarga dan ringgit anda.