Hanya setelah keadaan terang, barulah aktiviti dimukakan semula. Bangun saja pagi, minum pagi disajikan dengan air teh panas yang dimasak menggunakan dapur kecil.
Dah macam pelarian je kita ni kan.. Masak pun atas bot..
Galama papan di muara sungai yang hijau dan tidak berarus..Apolo yang dibuang bulunya di isi umpan untuk mendapatkan hasil begini. Tapi awas, ia boleh beserabut jika salah caranya.
Pasang banyak joran, semua pula yang kena, barulah kelam kabut..
Rata-rata saiznya sebesar ini dan amat pandai mencuri umpan.
Ikan sebelah yang berjaya di tipu dengan umpan Beliak Mata..
Yang ini pula saya dapat juga dengan umpan hirisan ikan belanak.
Tetanda yang tersangkut di reba, keluar semula. Memang menjadi tabiatnya apabila masuk ke reba untuk melarikan umpan.
Setelah tengah hari, perut masing-masing sudah berbunyi. Bekalan pula hanya roti 3 bungkus. Nasib baik saya membawa sardin dan peralatan memasak. Mangkuk tingkat, gula, Sardin, minyak masak, bawang dan air. Untuk ini, saya amanahkan pada jemik untuk menyiang beberapa ekor ikan untuk dimasak. Pilihannya, seekor Belukang saiz 1kg, 3 Gelama dan Seekor Siakap kecil untuk hidangan tengahari. Mangkuk tingkat dijadikan periuk dan kuali, ikan pula di buang tulang di campur bersama sardin. Makan tengahari, selesai sudah.. Aktiviti mencari umpan lagi..
Ikan ni masuk ke jala ketika menjala udang, akhirnya menjadi lauk tengahari..
Dapur kecil yang amat berguna ketika diperlukan..
Ikan Belukang di potong filet dan dicuci bersih dimasak bersama bawang merah dan putih dengan api kecil. Kemudian di campur dengan sardin yang digoreng terlebih dulu. Memang sedap!
Hasil keseluruhan..
Gelama 61 ekor.
Tanda 4, Gerut 3, Sembilang 1, Tetuka dan...
Bebolos sebesar anak haruan..
Trip bertolak pulang pada jam 5 petang ke pengkalan dan kesemua hasil adalah seperti di atas..