Jumaat, 4 Januari 2013

Trip 1/12 Penutup 2012

Trip En Ali dan En Jenal ni pada hari Selasa tahun baru. Disertai 4 pemancing termasuk saya menduga beberapa lokasi sekitar laluan pulau Ketam. Namun boleh dikatakan trip ni agak kurang berjaya kerana tidak banyak tangkapan yang berjaya dibawa naik. Berikut antara yang sempat dirakam kamera saya.

Cuaca yang agak berjerebu ini menyambut kami di laluan keluar. Oleh kerana air baru mula surut, kami berlabuh di kawasan pantai yang mempunyai banyak reba kayu dan cetek. Berumpan kan perumpun paya yang bentuknya seperti lipan, agak banyak Bebolos berjaya didaratkan di sini. Saiznya yang agak besar memang sesuai kalau menggunakan joran kecil untuk lebih aksi :)

Tanda tu saya dapat berdekatan dengan reba kayu, lepas tu dapat sangkut pulak..

 
Tengok saiz Bebolos tu, macam anak Haruan pun ada..

 Gerut-gerut di laluan Sungai Jeti Pulau Ketam. Berdekatan dengan stesyen minyak Shell Pulau Ketam.

 Tetanda di kawasan reba bakau yang memang menjadi buruan kami..

 Keadaan tenang di ganggu dengan kehadiran anjing liar yang berenang melintasi pulau. Macam ni patutlah ada saja kat mana-mana. Pandai berenang rupanya..

 Gelama Papan di muara sungai yang tenang..

Yang ni agak besar sikit..banyak pula kat lokasi ni. Umpan perumpun memang kegemaran spesis ni. Letak saja, sekejap dah di ragut..

Trip bergerak pulang pada jam 7.30 malam sambil di kejar angin kuat dan hujan ribut. Nasib baik sempat sampai, kalau tak habislah semua nya basah..Kos bagi trip ini ialah Rm250 termasuk umpan..