Selasa, 29 Januari 2013

Trip 27/1 En Arif KWSP dan Rakan-Rakan

Trip yang diangotai 7 orang pemancing, bertolak pada jam 8 pagi menggunakan bot sewa Rafi.
Jika biasanya saya berseorangan, kali ini saya membawa Acid sebagai pembantu. Dengan bekalan minyak 2 tong dan Umpan Udang pasar, kami berlabuh di lokasi pertama Sg Labuhan Gurap. Memandangkan air masih tinggi saya cuba untuk menjala anak ikan di kawasan tongkang berlabuh. Hasilnya beberapa ekor ikan Selangat berjaya diperolehi.

Bot ni memang sesuai untuk muatan 7 orang tetapi bekalan minyak harus 2 tong atau lebih.

Kami berlabuh di lokasi muara sungai Labuhan Gurap, Beberapa ekor Gelama kecil berjaya dinaikkan. Di selang seli dengan Sesirat dan Cikbun. Ketika ini keadaan air besar maksima sedang surut separuh. Saya juga berjaya menaikkan seekor Tetanda sebesar tapak tangan. Saya mencadangkan agar berpindah ke kawasan yang lebih dalam memandangkan agak kerap Sesirat mengganggu umpan kami.

 Gelama papan di naikkan menggunakan umpan udang pasar..

 Tetanda ini dengan umpan Selangat hidup di lokasi sama..

Setelah berpindah ke lokasi kedua berdekatan, ikan mula rancak meragut umpan. Beberapa ekor Gelama Pisang dan Sembilang kecil berjaya dinaikkan. Ketika ini juga salah satu joran kecil mereka di ragut ikan besar. Keadaan menjadi agak kelam kabut kerana tarikan ikan agak kuat hingga joran melentur ke bawah. Maklumlah joran yang digunakan agak kecil dan lembut. 
Gelama Pisang di lokasi kedua..

Acid pun dapat juga seekor di sini di samping itu juga beberapa ekor ikan Sembilang kecil..

Setelah berhempas pulas bermain, akhirnya ikan dapat dilihat di permukaan air. Seekor Tirusan yang agak besar berjaya di naikkan. Selepas 10 minit, seekor lagi Tirusan berjaya dinaikkan juga oleh seorang lagi ahli trip. Tetapi saiznya kecil sedikit dari yang pertama tadi, juga mengenai joran kecil berumpankan udang pasar..Habis tali pancing kami di lilitnya dek kerana ikan berpusing melawan arus beberapa kali..Untung tak terlepas..

  Yang pakai life Jacket tu dapat, yang sebelah tolong pegang aje hehehe..

 
 Ini pula ikan kedua yang berjaya dibawa naik oleh yang tolong pegang ikan tadi hehe..

Setelah air mula bertukar arus, saya membawa mereka untuk menjala udang dan mencari Perumpun. Adalah sedikit udang dan Perumpunnya yang dapat saya adakan. Setelah itu kami terus berpindah lokasi ke muara sungai lain berhadapan LBT Gas. Seekor Sembilang dan Tetuka berjaya dinaikkan. Keadaan arus deras dan air keruh menghalang kami untuk berada lebih lama di lokasi ini. Kami berpindah ke dalam anak sungai dan berlabuh di tebing yang terdapat tunggul dan beting di tengah. Di sini, beberapa ekor Gelama, Sembilang dan Tetanda menjadi habuan kami..

 Sembilang berumpan Perumpun di muara sungai yang cetek, hanya letak di bawah bot saja..

 Tetuka di lokasi sama..

 Tetanda di laluan anak sungai..

Setelah itu kami berpindah semula ke muara sungai namun ombak dan angin mula kuat dan memaksa kami mencari kawasan yang lebih tenang. Hanya seekor Bebolos besar dan Seekor Sembilang berjaya dinaikkan. Kami berpindah lagi..Lokasi tersebut di NAVY berhampiran pantai berbatu yang terdapat pasir di tepinya.

 Besar betul Bebolos ni, macam ikan haruan pula..

 Ikan Sembilang di lokasi sama..

 Dilokasi ini, beberapa tangkapan baik berjaya dinaikkan. Antaranya Tetanda dan Tebal Pipi..

 Terkejut kerana terdapat mata kail terkeluar dari perut Tebal Pipi ini. Saiz besar pula tu, mungkin hasil tangkapan pemancing lain yang putus.

Hasil keseluruhan tangkapan yang agak membanggakan yang hanya menggunakan udang pasar. Trip ini secara kasarnya bejumlah Rm450 dan pulang ke pengkalan pada jam 7 malam. Terima kasih kepada En Arif kerana sudi memancing bersama kami.