Ahad, 13 Januari 2013

Trip 13/1 Bersama Bonda

Kali ini saya membawa bonda tersayang untuk memancing. Dah lama tak memancing dengan bonda ni, jadi saya rancangkan satu trip bersama. Namun hanya bonda saja yang ikut, ayahanda kurang sihat katanya.. Trip sepatutnya bertolak awal pagi tetapi terpaksa di tunda ke jam 12 tengahari kerana hujan.

Macam biasa, buang air sampan dulu dan bersihkan tempat simpanan udang..

 Anak Saudara(Eboi) dan Menantunya(Samat) pun turut serta..

Setelah menjala udang di laluan keluar, kami ke lokasi pertama di beting sungai Chandung berhampiran StarCruise terminal. Hanya seekor Ikan Duri berjaya dinaikkan. Memandangkan air telah mula pasang, kami ke seberang untuk mencari lokasi sesuai melabuh sauh. Ketika perjalanan, bot pula melalui kawasan cetek berikutan air surut maksima. Sampai di lokasi yang dalamnya cuma sedepa, kami melabuh umpan. Tanpa perlu menunggu lama, umpan udang hidup yang kami sajikan sering mendapat sambutan. Kebanyakannya spesis Gelama Papan sederhana besar. 

  Kasar-kasar Gelama Papan kat sini.. Guna satu joran saja pun dah kelam kabut dibuatnya..

Tetuka pun banyak di lokasi ini. Baru 15 minit berlabuh, air keruh mula masuk ke sungai dan ikan mula berkurangan. Kami meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan air jernih untuk memancing. Berubah ke dalam sungai, Gelama Papan masih menjadi hasil buruan kami. Ikan ini gemar memburu anak ikan kecil yang masuk ke dalam sungai mengikuti arus. Tetapi hanya di kawasan air jernih sahaja.


 Tetuka di lokasi sama muara sungai..Memang banyak spesis ni kat sini..

 Samat juga berjaya dengan hasil ini..

 Senangin yang saya dapat mengunakan umpan perumpun sarang..

Kami berpindah ke dalam anak sungai yang mempunyai cabang Y dan berlabuh di tengah beting cetek. Sedang kami memancing, terdengar satu deburan kuat diselangi air berhamburan di tebing yang terdapat pokok tumbang di dalam air. Kami bergegas ke lokasi tersebut untuk casting dan teknik pelampung. Tetapi hanya Sesumpit saja yang berjaya dinaikkan. Mungkin Sang Siakap takut mendengar bunyi suara kami. Terdapat banyak sambaran besar di kawasan tebing ketika air jernih mula melalui kawasan tersebut. Adakalanya kelibat ikan bewarna putih melompat-lompat di permukaan air mengejar anak ikan..

 Amboi Bonda ku dengan ikan Galama Papan besar nya. Ketika ini kami sedang sibuk menjerat Siakap dan Sesumpit. Jadi Bonda amik alih menjaga tiga joran sekali..

 Sesumpit yang saya dapat menggunakan pelampung dan udang hidup..Di lokasi ini terdapat sambaran Sang Siakap yang saya kira memang besar..

 Lepas saja dapat Gelama, Gelama Terbang pula yang kena! Tangan Bonda memang hanyir.. Cantik Pari ni ada bintik-bintik biru di badannya..Dapat pula dengan set kecil, seronok melayan tarikannya..

Setelah air mula keruh, kami bergerak keluar muara semula di lokasi mula-mula tadi. Seekor Gelama Terbang berjaya di naikkan Eboi. Malangnya joran yang digunakan turut patah! Ikan kecil tapi daya tarikannya memang kuat ditambah dengan arus laju. Kemungkinan besar joran ni kurang sesuai untuk di laut. Atau mungkin teknik yang salah digunakan ketika melawan tarikan.

 Eboi pun dapat seekor di lokasi muara sungai..Sampai patah joran dibuatnya.. Silap teknik ni...

 Cikbun besar yang menjadi mangsa Eboi..

Ketika air laju, kami berlabuh di sekitar reba kayu di muara sungai. Lain yang di tunggu, lain pula yang kena. Umpan Beliak mata yang saya sajikan, menarik perhatian seekor ketam. Cuma tersangkut di tepi mulut dan nyaris terlepas. Kalau sudah rezki, tidak kemana kan.. Beberapa ekor Bebolos dan Duri berjaya juga dinaikkan.

 Tanda di tebing batu NAVY..

 Trip pulangpada jam 7 malam dan di atas adalah hasil keseluruhan. Seronok walaupun sekejap. Lain kali kita mancing lagi ye..