Jumaat, 7 Disember 2018

Dairi Ladang Sejengkal

Kerjaya sebagai pemandu pancing sepenuh masa hanya saya lakukan kurang dari 15 hari sebulan. Keadaan ini memberikan saya peluang untuk membuat kerja-kerja lain yang sesuai dengan masa yang ada. Pilihan kedua, bertani! Saya memang minat bertani sejak dari kecil lagi. Keluarga kami memang asal dari peneroka dan petani. Dari pokok sawit, getah hingga lah sayur-sayuran, semuanya pernah kami usahakan. Di bahagian belakang rumah saya kini, ada sebidang tanah pusaka yang kosong dan terbiar. Jika tidak bekerja di laut, di sini lah masa terluang saya habiskan. Di dalam artikel ini, akan saya catatkan semua proses kerja di ladang yang saya gelar "Ladang sejengkal". Mengapa sejengkal? Kerana semua kerja yang saya lakukan, sedikit demi sedikit mengikut cara lama orang dulu-dulu bertani. Bukan ingin menunjukan kehebatan, tetapi sebagai motivasi untuk saya dan anda semua kerana, tidak ada yang mustahil boleh dicapai jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh!


Semoga semua catatan ini boleh membantu kepada yang ingin bertani dan sebagai motivasi kepada anda di luar sana. Jom bertani bersama saya dalam dairi, Ladang Sejengkal..