Hari terakhir untuk trip minggu ini disertai En.Safuan dan dua orang rakannya. Trip yang hanya untuk memburu Kerapu ini di mulakan dengan hujan lebat yang melanda pada waktu pagi. Namun aktiviti memancing tetap diteruskan juga. Hanya dua ekor Kerapu berjaya dinaikkan sepanjang hari.
Tangkapan terbesar pada trip kali ini sekitar 4kg di sauh sangkar.
Satu lagi di perolehi di lokasi lain.
Saiz ikan hampir sama dengan kotak dan jauh berbeza dari yang satu lagi.
Ketika ini air besar baru saja mula bergerak dan arus telah laju sepenuhnya. Oleh yang demikian tidak banyak lokasi yang dapat dikunjungi sepanjang trip berlangsung. Terima kasih kerana cepat bertindak setelah menerima maklumat dari kami. Kami pulang awal ke pengkalan sekitar jam 5 petang.