Setelah menerima maklumat dari kami, En Hasnan dan rakan mereka telah menempah trip untuk memancing. Setelah semua di atur, bot menuju ke lokasi Pulau Ketam sekitar jam 8 pagi. Hari ini adalah hari terakhir air menyorong besar dan arus akan mula laju pada keesokan harinya. Namun rezki berpihak kepada mereka dengan 2 ekor Kerapu besar sekitar 4 kg.
Kerapu pertama di kawasan terbuka.
Joran yang baru saya beli menggantikan joran lama yang telah rosak. Murah, tapi berjasa.
Salah satu tangkapan yang berjaya melepaskan diri kerana masuk ke reba. Sedikit kesilapan saja boleh melenyapkan harapan. Ikan Kerapu bersaiz besar biasanya mampu membuat joran meledut kuat walaupun dengan joran aksi keras. Seringkali, ikan terlepas sekiranya ia berlaku. Tangkapan kali ini terpaksa diputuskan setelah sekian lama kami menunggu. Bukan rezeki kami nampaknya.
Tangkapan kedua di saat-sat akhir trip.
Tangkapan kedua di minit terakhir trip, berjaya dinaikkan ketika air mula perlahan dan surut kembali. Kebanyakan ikan Kerapu akan berlindung ketika arus laju dan keluar semula untuk mencari makan ketika air perlahan. Trip berakhir dengan dua ekor Kerapu bersaiz 4kg dan pulang ke pengkalan sekitar jam 8 malam.