Isnin, 20 Oktober 2014

Trip 19/10 Encik Izwandi, Encik Shahril dan Rakan

Trip yang dirancang awal sebulan menggunakan 2 bot dan 2 tekong ini berjalan dengan jayanya. Satu lagi bot di bantu Tekong Shahril yang buat pertama kalinya turun membawa trip bersama kami. Aktiviti sebelah pagi dimulakan dengan menarik bot ke air. Akibat kesilapan, sebuah lagi bot telah terlupa untuk dialihkan ke bawah. Namun trip berlepas juga walaupun sudah agak lewat. Kami menyusun 10 jari memohon seribu keampunan kepada semua ahli trip yang terlibat kerana kesilapan ini.
 
 
 Bot yang berada di atas lumpur akhirnya berjaya ditarik keluar.
Sehari sebelum trip, terdapat 1 kawanan ikan siakap yang bermain di lokasi memancing ini. Namun oleh kerana kesilapan menggunakan set pancing, 2 tarikan pertama yang memang agak kasar telah memutuskan tali utama. Tiada hasil baik selepas itu sehingga tengahari.

Ketiadaan hasil baik sebelum waktu zohor agak mengecewakan kami. Hanya kerapu kecil dan Ikan duri saja yang berjaya dibawa naik. Namun segalanya berubah bila tangkapan pertama sekitar jam 1.40 tengahari yang mengejutkan kami.

Ini pula hasil kedua setelah menukar lokasi.

Nasib baiklah ada tangguk, jika tidak, tak tahulah apa yang akan jadi.

Kerapu kecil pembakar semangat dikala ikan mendiamkan diri.

 Sebuah lagi bot bersama Tekong Shahril.

Pada mulanya, hanya bot Shahril saja yang menguasai tangkapan sejak dari pagi lagi. Senangin, Merah dan Tanda berjaya dinaikkan. Kami hanya dapat melihat dan bersabar saja. Namun segalanya berubah apabila selepas waktu tengahari.

 Dua ekor Senangin yang agak besar saiznya berjaya di tipu dengan umpan Belanak hidup di bawah sangkar.

Ada kisah kelakar tentang Kerapu ini yang membuatkan kami ketawa bersama dan akan menjadi kenangan kami sampai bila-bila.

Kerapu ketiga di lokasi kawasan lapang.

Lagi kerapu di lokasi keempat.


Sungguh pun mengunakan 2 mata, salah satunya tetap bengkok.

Boleh dikatakan semua ahli trip merasai tarikan Kerapu besar ini.

Akhirnya setelah berusaha dan bersabar, anggota trip terakhir berjaya juga dengan hasil pancingan keenam dengan joran baru dibeli.

Bergambar bersama dengan hasil yang di perolehi setelah bersabar dengan dugaan.

Mungkin inilah trip paling berjaya pada tahun ini berdasarkan hasil tangkapan yang begitu mengejutkan kami. Trip pulang ke pengkalan sekitar jam 8 malam dengan hasil masing-masing. Terima kasih kepada semua ahli trip yang sanggup bersabar sepanjang hari.

Video di YouTube
Layan kerapu 4.5kg pulau ketam
Layan kerapu 5.5kg pulau ketam
Layan kerapu 4.7kg pulau ketam