Pada mulanya trip ini dirancang dengan menggunakan bot kecil, setelah ditimbang tara baik dan buruknya, akhirnya kami turun dengan bot besar. Lebih selamat dan selesa buat En.Ridwan yang baru bergelar pemancing. Kepuasan mamancing lebih saya pentingkan daripada keuntungan semata-mata. Trip saya bawakan ke Pulau Ketam berdasarkan kesesuaikan keadaan air pada hari tersebut. Berikut antara babak yang sempat saya rakamkan.
Kerapu pertama yang menelan 2 umpan sekaligus.
Berdasarkan pemerhatian saya, umpan En.Ridwan yang ditelan dulu selepas itu baru umpan saya. Kiranya kami berkongsi ikan lah ni.
Gelama Terbang setelah 1 jam menunggu di lokasi. Hasil kerja tangan Amat Telan :) Walaupun menggunakan joran aksi keras, agak sukar untuk ditewaskan.
Ikan ini pula sudah kami suakan umpan. namun langsung tidak diendahkannya. Jadi kami sekadar memerhati dari atas bot saja :P
Kerapu kedua di lokasi sangkar sauh. Comel tetapi cara makan, ganas.
Tetanda dengan umpan hirisan kembung di lokasi terdapat reba kayu.
Hasil keseluruhan untuk trip ini..
Berat Gelama Terbang 6.7kg
Trip bertolak pulang pada jam 7.30 malam ketika langit mula gelap dan hujan gerimis melanda. Terima kasih kepada anda berdua yang sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk memancing.