Trip kali ini datang dari Meru Kelang En.Fuad dan rakan-rakan. 5 orang termasuk saya sebagai tekong, kami menyewa bot Rafi 40hp untuk lebih keselesaan dan kelajuan. Agak malang pada malam tersebut kerana tiada langsung Gelama Pisang dinaikkan. Walaupun umpan udang kolam saiz besar yang digunakan agak menarik. Hanya sembilang, Duri, Gelama dan Tetanda berjaya di bawa naik. Berikut antara gambar yang sempat di rakam kamera saya..
Agak sukar memancing waktu malam lebih lagi jika tiada peralatan mencukupi..
Inilah saja hasil pada malam tersebut..Begitu juga dengan bot lain yang turun pada malam tersebut juga mengeluh kerana sukar mendapat tangkapan baik. Mungkin cuaca hujan, laut bergelora dan sejuk membuat ikan kurang aktif. Kepada anda semua, cuba lagi dan jangan putus asa :)