Lokasi pertama anak sungai yang berhadapan StarCruise Terminal, tak tau lah apa nama sungai tu.
Beberapa ekor Sesirat, Cikbun, Bebolos dan Sembilang berjaya dinaikan sebagai salam perkenalan kepada mereka. Mereka ni tak pernah lagi turun di kawasan ni.
Sembilang pertama di lokasi anak sungai dengan kedalaman kurang sedepa. Mungkin berlindung di sebalik tunggul kayu ketika air mula keluar.
Sebuah bot yang tak tahan melihat kami menaikkan Gelama Pisang, cuba berlabuh rapat di lokasi kami. Oleh kerana terlalu hampir, beberapa kali umpan kami di kait oleh kail pemancing terbabit. Kot iye pun jangan lah rapat sangat macam ni cik abang oi.. Namun begitu tiada tangkapan yang berjaya di pancing mereka. Mungkin umpan tidak sesuai atau ikan hanya memilih umpan kami :)
Ikan Sembilang di lokasi reba Sarang Lang berjaya dinaikkan E.Bob kita ni. Seperti biasa, mereka ni tak biasa main di reba dan banyak kali sangkut...
Malung yang berjaya dinaikkan di Navy/TLDM
Hasil dari keadaan kelam kabut ketika dinaikkan, sebatang joran berenang di air di tarik ikan. Untungnya joran tersebut timbul dan berjaya dikait walaupun sudah agak jauh dihanyutkan air. Ikan juga turut melepaskan diri. Pengajaran dari kisah ini ialah, belilah joran murah sebab joran murah boleh terapung :) tak rugi beli hehehe..
.
Keseluruhan tangkapan, 30 Gelama Pisang, 2 Sembilang, 1 Malung, 2 Tetanda dan selebihnya Gelama dan Duri.
Beberapa ekor ikan akhirnya dibawa kemeja makan malam kami. Bukan main sedap tengok diorang makan, sedap sangat katanya ikan baru naik. Kepada anda semua terima kasih kerana memilih blog kami untuk memancing. Jangan serik tau, lain kali cuba lagi...