Khamis, 11 Oktober 2012

Trip 11/10 Sesirat Besar!

Trip kali ini membawa Eboi dan Jemik untuk menduga lubuk baru yang dah lama saya tak kunjungi.. Lubuk Sesirat Besar atau juga nama popularnya Malung :) Tetapi sebelum itu kami berpusing di laluan biasa untuk mencari sepesis kecil air mati. Berumpankan perumpun Rm20 yang di beli di Laguna dan Belanak hidup, kami juga membeli udang mati dengan jumlah ala kadar sahaja.


 Lokasi di laluan masuk sungai, spesis Gerut-gerut dan Tetanda banyak menghabiskan umpan kami. Namun cukup untuk membuat kami terhibur. Bergerak ke laluan sungai, kami berhenti sebentar gara-gara Eboi nak membuang hajat :) Aduhai, masa ni lah nak membuang, sabar je lah.

Setelah selesai, kami berlabuh di sebuah tunggul kayu mati. Hanya seekor Belukang berjaya dinaikkan dan joran Jemik hampir terjatuh gara-gara tarikan Belukang tadi. Kuat nya kau tarik yer..


 Serentak sekali baling! Agak banyak Gerut-gerut di lokasi cabang sungai ni. Sampai habis umpan kami dikerjakan. Lain kali kena beli Rm40 perumpun ni..

Sembilang di lokasi Sungai Selat Kering disulami Belukang yang sentiasa meragut umpan kami..Di lokasi ini juga Eboi sekali lagi membuang hajat Adohaaaaai.... Perut tak sedap katanya, hmmm terpaksalah ke tebing sekali lagi..

 Sisa pokok tumbang di tebing selat kering. Ikan Duri, Gelama dan Gerut-gerut banyak di lokasi ini..Lain kali kalau air mati boleh cuba kat lokasi ni, mana tau ada Merah pulak :)

 Tamuk atau Belanak yang berjaya di naikkan jemik di lokasi Tiang Kembar dengan umpan udang mati. Aik?? Ko makan juga ye..

 Kami berlabuh di lokasi buang pasir dan mula menggunakan umpan belanak hidup. Agak mengejutkan hasil yang kami perolehi. Seekor malung berjaya dinaikkan Eboi. Agak siksa tanpa peralatan sesuai. Akhirnya jala menjadi mangsa! Kemudian kami silih berganti menaikkan spesis yang sama. Aksi ngeri tali ditarik keluar dan bunyi berderik silih berganti. Ada juga beberapa kali putus dan ikan berjaya meloloskan diri. Jemik yang agak kurang bernasib baik, memtuskan 2 perambut dan hampir terjatuh! Memang berlainan benar lubuk ni, risau saya dibuatnya. Risau keselamatan dan keadaan yang sedang berlaku. Kekerapan ikan makan adalah 5 minit sekali dan setiap tarikan agak kasar dan luar biasa. Hanya ini yang berjaya dinaikkan. Oleh kerana risau akan keselamatan kami, saya memaksa mereka untuk pulang kerana hasil yang diperolehi sudah lebih mencukupi.

Sesirat terbesar yang saya perolehi, 5.5kg! Dikuti Eboi 4.6kg.. Jadi inilah trip Sesirat terbesar kami :)