Pada jam 7 pagi, kami mula memancing dengan sirius di beberapa lokasi di laluan kapal ke Pantai Aceh. Oleh kerana angin agak kuat dan bergelora, kami berteduh di hujung warf yang sedang dalam pembinaan. Tiada apa-apa tangkapan melainkan seekor Tetuka dan sisa kayu yang tersangkut di hujung kail kami.
Tengok lah pancing depan belakang ni, mana satu nak ditenung pun tak tau lah..
Cikbun yang menelan udang besar manyangkut di hujung kail Jemik.
Yang ni tak tau lah ikan apa, dapat di tiang kembar..
Kami berpindah ke Peken 28 dan berlabuh di tebing untuk lokasi reba kayu dengan harapan terdapat Gerut-gerut atau Tetanda di situ. Tetapi hanya Belukang sudi menjamah umpan kami. Hampir 20 ekor belukang dinaikkan tetapi dilepaskan semula. Namun kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Salah satu joran kecil Jemik berumpan udang mati yang saya potong di rentap lembut. Ikan yang disangka Jemik adalah Tetuka, berenang semakin jauh dan mula mengganas! Untunglah perambut 90 paun rm1 yang diguna cukup kuat.
Peken 28 terdapat batu petak besar di sini. Bahaya kepada bot lalu-lalang..