Kepada yang sudah berumah tangga, memasak bukanlah satu masalah. Namun kebanyakan lelaki sekarang sudah pandai memasak untuk diri sendiri dan keluarga. Pemancing yang profesional harus mempunyai kelebihan ini.
Semua jenis ikan boleh digunakan. Cencaru, Mabong, Sardin, Kembung, Jenahak, Merah, Duri dan sebagainya.
Sediakan ikan di potong kecil
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi/hijau
1 ulas bawang merah kecil
1 batang serai
1/2 Kiub Pati Ikan Bilis
Kunyit serbuk
Minyak
Garam
- Potong ikan dan cuci bersih dengan air. Pastikan isi perut dan insang dibuang bersih. Sekiranya saiz ikan adalah kecil, tidak perlu di potong lagi. Lumurkan semua ikan dengan kunyit dan garam. Goreng semua ikan tadi. Sambil menggoreng, bolehlah anda menyediakan bumbu atau rempah untuk tumisan.
- Kupas kulit Bawang Putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau. Manakala Bawang Merah anda potong 2 dahulu, supaya mudah dikupas.
- Buang lapisan serai yang pertama dan cuci hingga bersih. Kamudian ketuk serai tersebut separuh hancur.
- Buang tangkai cili dan cuci bersih. Cili biasanya kerap disembur racun serangga ketika di ladang. Oleh yang demikian, pastikan ia dicuci bersih.
- Tumbuk Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Padi menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk tadi ke dalam kuali termasuk Serai dan kiub Pati Ikan Bilis. Minyak perlu seimbang dengan bahan yang ditumis. Kecilkan api dan tumis hingga biji cili mengecut. Tumisan cili yang tidak cukup masak boleh menyebabkan anda sakit perut.
- Setelah masak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga rata. Tidak perlu masukkan garam kerana ikan tadi telah pun masin.
Sediakan 1 kg ayam yang siap dibersihkan
6 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
Minyak
Garam
- Cuci ayam hingga bersih, buang sisa bulu, lemak berlebihan dan darah pada tulang rangka.
- Kupas kulit bawang putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau.
- Tumbuk Bawang Putih dan Halia menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan.
- Masukkan ayam, garam dan bahan ditumbuk tadi ke bekas dan lumurkan minyak masak. Gaul dengan tangan hingga bahan rata.
- Tutup bekas dan perap, biarkan 15 hingga 20 minit. Tujuannya ialah supaya daging ayam menyerap semua rasa bawang putih tadi.
- Setelah diperap, goreng ayam seperti biasa.
Ayam Ungkep Serai
Sediakan 1 kg ayam yang siap dibersihkan
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi/hijau
2 batang serai
Minyak masak
Garam
- Cuci ayam hingga bersih, buang sisa bulu, lemak berlebihan dan darah pada tulang rangka.
- Kupas kulit bawang putih. Cara paling mudah, anda ketuk atau kemikkan bawang tadi dengan pisau.
- Buang lapisan serai yang pertama dan cuci hingga bersih. Kamudian ketuk serai tersebut separuh hancur.
- Buang tangkai cili dan cuci bersih. Cili biasanya kerap disembur racun serangga ketika di ladang. Oleh yang demikian, pastikan ia dicuci bersih.
- Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung batu. Jika tiada, pengisar boleh digunakan atau pun anda cincang dengan pisau sahaja.
- Masukkan ayam, serai, garam dan bahan ditumbuk tadi ke dalam kuali.
- Lumurkan minyak masak dan gaul dengan tangan hingga bahan rata. Jangan terlalu banyak kerana minyak pada
- Tutup kuali, perap, biarkan 15 minit. Tujuannya ialah supaya daging ayam menyerap semua rasa cili dan bawang putih tadi. Anda malas menunggu?? Boleh terus hidupkan api.
- Pastikan serai berada paling bawah sekali supaya bau dan rasanya menyerap masuk ke dalam daging.
- Hidupkan api sekecil yang mungkin dan tutup kuali. Tunggu hingga bau naik anggaran dalam 10-15 minit. Ayam akan bertukar menjadi pucat kekuningan.
Ingat, masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Insyaallah, hasil masakan akan lebih sedap. Kepada yang tidak pandai, belajarlah memasak. Selain menjimatkan kos, ia lebih berkah dan lebih baik sumbernya dari yang anda beli diluar. Sekadar informasi terbaik, untuk anda...