Rabu, 20 Ogos 2014

Trip 18/8 En. Ghazali

Penyewa tetap kami ini memang jarang sekali pulang dengan tangan kosong. Hanya pada trip pertama saja tangkapan tidak berjaya. Yang lain selepasnya memang agak membanggakan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh kepada perkhidmatan kami yang tidak seberapa ini. Kepada yang lain jangan lah berputus asa dan kecewa, kami hanya sekadar berusaha tetapi Allah lah yang memberi segalanya.

Ketika ini air mati dengan cuaca mendung sedikit berangin pada sebelah petangnya. 

Sembilang pertama yang saya naikkan dengan umpan janggut Kurita.

Kerapu 1 kg berjaya dinaikkan di lokasi sangkar pecah dengan umpan Kembong hiris. Saya juga berpeluang menaikkan tangkapan sama tetapi kecil dari yang ini.

Kawasan depan sangkar yang kadangkala berhasil, kadangkala tidak.

Merah kecil yang disangka ikan kecil..


Keseluruhan hasil memancing selama sehari di kawasan sangkar Pulau Ketam.