Salam ceria kepada semua pemancing di luar sana. Cuti hari raya yang panjang di kampung, pastinya membuat anda berat hati untuk pulang bertugas semula. Begitu juga kepada kaki pancing yang tidak pernah duduk diam ketika di kampung halaman. Walaupun pada hari raya kedua, sudah ada yang gatal tangan menjengah kawasan lombong, paya, sungai dan sawah yang berdekatan untuk memancing. Berpada-padalah pada yang telah berkeluarga dan jangan melampaui batas. Ambillah kesempatan untuk beramah mesra dengan sanak saudara ketika ini.
Namun begitu, ini lah masa yang dinanti-nantikan kepada warga kota ketika di kampung halaman. Maklumlah, setahun sekali dapat berkunjung ke lokasi memancing semasa kecil. Hal ini juga berlaku kepada saya ketika kecil dulu. Namun kini, semuanya sudah berubah dan kebanyakan lokasi pilihan memancing sudah tiada lagi. Semuanya hanya tinggal sisa dan kenangan sahaja.
Kepada yang telah bercuti, selamat kembali bertugas. Berhati hati ketika memandu pulang ke rumah masing-masing. Pastikan kenderaan selamat di pandu dan pandulah dengan cermat. Akhir kata, ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua peminat dan pembaca blog kami dan selamat memancing semula!