Rabu, 20 Ogos 2014

Membaik Pulih Sistem Penyejuk Yang Rosak

Sistem kipas air penyejuk enjin terdapat pada bahagian Gear. Ianya bersambung dalam satu perumah pada bahagian atas kotak Gear. Sekiranya air yang keluar pada salur penyejuk menjadi perlahan, ini menandakan kipas impeller perlu ditukar atau di selenggara.

Terdapat 5 skru yang perlu anda buka terlebih dahulu sebelum unit gear dapat ditanggalkan.

Salah satunya berada di belakang sirip Aligment ini. Anda perlu buka sirip ini dan soket khas perlu digunakan bagi menanggalkan skru. Setelah semuanya selesai, sedikit ketukan manja :) perlu di buat dengan lapik kayu. Kotak gear Mercury 60 Hp SeaPro ini tidak mempunyai pin seperti enjin bawah 60Hp. Boleh ditanggalkan terus dari unit utama.

Setelah dicabut, barulah kita nampak bahagian mana yang bocor atau rosak. Ketika ini, bahagian plat besi telah bengkok ke atas menyebabkan air keluar dari perumah kipas impeller tadi. Kebocoran kecil yang saya biarkan telah menyebabkan garam berkumpul dan menolak plat besi tersebut. Bukan itu saja, air masin yang begitu tajam ini juga mengakis perumah besi kotak gear. Jika terlambat, kemungkinan besar ia tidak akan dapat diselamatkan.

Terdapat 5 Skru pada bahagian ini perlu dibuka sebelum plat besi boleh di tanggalkan. Hati-hati, skru ini memerlukan soket sesuai, jika tidak bunga nya mudah rosak.

 Terdapat washer plastik di bahagian atas perumah dan bawah kipas Impeller. Kedua washer ini ada disertakan bersama plat besi yang baru dibeli.


Kipas Impeller yang sudah keras dan perlu ditukar dengan yang baru.

Di sini juga terdapat pin pengunci kipas impeller ini. Jangan sampai hilang.

Terdapat satu lagi washer plastik yang perlu ditanggal.

Setelah perumah dicabut, gasket lama perlu dikikis sehingga bersih supaya gasket baru berfungsi dengan baik. Dalam kes ini, plat besi saya gantikan dengan yang baru.

Inilah rupa perumah yang dimakan air masin. Perlu dikikis sehingga bersih dan gam gasket akan dilekatkan bagi menutup kesan kakisan dan tidak bocor semula.

Minyak hitam diganti dengan yang baru. Cara menukar minyak hitam ini ialah, buka penutup bawah terlebih dahulu, kemudian bekas diletakkan di bawahnya. Buka penutup atas dan minyak akan keluar pada lubang sebelah bawah. Terdapat 2 lubang di atas dan hanya satu di bawah. Pastikan semua minyak telah keluar, barulah minyak baru dimasukkan.

Sekiranya minyak telah bercampur air, oil seal perlu ditukar dahulu. Terdapat 2 oil seal, atas bearing dan bawah pada kipas. Dalam kes ini, oil seal masih berfungsi. Setelah minyak kering, minyak baru dimasukkan. Caranya, potong penutup dan masukkan salur tiub minyak pada lubang bahagian bawah dan tekan hingga habis sehingga minyak sampai pada bahagian 2 lubang atas. Baringkan kotak gear sedikit dan tekan lagi hingga minyak penuh. Jika gear kecil, 1 tiub di perlukan. Jika gear besar, 2 tiub diperlukan.

 
 Semua lubang skru dan skru disapu minyak grease.

Beginilah rupanya setelah pemasangan semula dibuat. Anda boleh lihat proses lengkap di YouTube sebagai panduan lengkap. Gam gasket diletakkan pada setiap lapisan gasket dan plat besi bagi mendapatkan tekanan sempurna dan mengelakkan kebocoran.

 Nasib baiklah ada yang membantu. Ini Tekong Shahril, rakan kami sejak dulu lagi. Dia baru saja berpindah ke pengkalan kami. Semoga kehadirannya di sini memberi kebaikan kepada kami.

 

 
 
 Benda ni berada pada rodgear terletak pada penyambung.

 

 

 
 Agak sukar sedikit semasa proses memasang semula dan perlu sedikit kesabaran.

 

 

 
  Setelah berjaya, semua skru perlu diketatkan dengan tangan terlebih dahulu sehingga ketat. Jangan lupa sapu grease pada semua skru.

 
 Setelah itu barulah gunakan sepana sesuai. Pastikan jangan terlalu ketat kerana benang skru akan rosak nanti.

 
 
 Sirip pengimbang dilekatkan semula. Seperti biasa, semua skru perlu di sapu minyak Grease terlebih dahulu bagi mengelakan benang rosak dan memudahkan kerja memasang skru.
 
 


 Semua kerja membaikpulih sehingga memasang semula mengambil masa 3 hari. Terima kasih kepada rakan kami Shahril kerana sudi membantu. Kepada anda yang ingin mencari maklumat tentang pemasangan unit lain, boleh lah melayari YouTube.