Rabu, 20 Ogos 2014

Trip 17/8 En.Razali

Sebelum ini, mereka bertiga pernah membuat trip bersama kami tetapi hasilnya tidak begitu membanggakan. Tetapi kali ini nasib menyebelahi mereka. Dengan umpan Cabuk segar yang dibeli di Kelanang, banyak hasil baik berjaya didaratkan.

Kawasan sangkar yang sunyi dari kehadiran bot pemancing menandakan hari memancing yang baik. Pada waktu ini hanya kami saja yang memancing di kawasan ini. Cuaca terang sedikit berangin yang begitu baik sekali memudahkan acara memancing kali ini.

Hasil pertama ketika ini ialah seekor Kerapu di tepi sangkar.

Tetanda kecil..

Tetanda lagi.. Dia ni saja yang mengumpul Tetanda..

Kerapu di lokasi sangkar.

Kadangkala terdapat berlainan umpan yang boleh digunakan di kawasan sangkar. Ada yang sesuai dengan umpan potongan kecil dan ada yang perlu seekor tanpa dipotong. Ia juga bergantung pada saiz tangkapan yang anda sasarkan. 

Meletakkan joran di atas enjin seperti ini memang bahaya. Nyaris joran saya jatuh gara-gara tarikan ikan yang kuat. Mujur perambut putus sebelum sempat tercampak.

Kerapu kecil yang banyak menghuni kawasan sauh sangkar.

Kerapu terbesar yang dapat dinaikkan yang disangka sangkut.

Kali ini, umpan Cabuk segar yang dibawa sendiri oleh mereka banyak membuahkan hasil. Isi cabuk yang segar di potong kecil sebelum di cangkuk pada perambut gantung 2 mata yang mereka gunakan. Buat pertama kalinya perambut 2 mata ini begitu berkesan digunakan di kawasan ini.

Tangkapan keseluruhan yang berjaya dibawa naik. Tiada Merah bersaiz besar pada kali ini, hanya sekecil tapak tangan saja. Trip pulang pada jam 8 malam ke pengkalan.

Tangkapan terakhir di masa kecederaan!