Selasa, 18 Jun 2013

Operasi Menjejak Tapak Lama 1

Bulan ini kami melancarkan operasi mencari tapak-tapak lama, sebagai bahan rujukan dan ilmu. Kesemua lokasi ini berada di kawasan Pulau Ketam dan sekitarnya. Ini berikutan rungutan pemancing yang mengatakan bahawa kebanyakan kawasan ini sudah tidak berpenghuni, namun tidak semua. Bagi membuktikan tapak-tapak ini masih berpenghuni, kami berusaha menjejakinya. Hasil dari usaha ini, bukti berjaya diperolehi.

 

 Jika diperhatikan, lokasi ini tidaklah sentiasa sesuai dalam semua keadaan air. Hanya pada waktu tertentu saja ia boleh mendatangkan hasil. Pada malam 15/6, saya dan Acid bergegas turun pada jam 3 pagi ke lokasi, dengan bekalan udang yang begitu sukar diperolehi. Berikut antara hasil gred A yang berjaya dinaikkan.

 
 Kerapu seberat 1kg di tapak reba 1 di tewaskan menggunakan umpan udang hidup.

 
 Merah seberat 1.2kg di tapak reba 2 bersebelahan tapak pertama.

Kebanyakan penghuni ini hanya aktif ketika air pasang sahaja pada sebelah pagi. Selepas tengahari, tiada langsung getuan hinggalah ke petang. Kami pulang ke pengkalan dalam jam 7 malam.