Trip sewa ni menggunakan bot sewa Rafi 40hp/21kaki ke Pulau Ketam. Ditumpangkan bersama seorang ahli baru kenal dari Bandar Botanic Kelang. Kesemua anggota trip seramai 5 orang termasuk tekong. Walaupun umpan yang digunakan agak mewah kali ini, iaitu udang hidup bersaiz besar yang di beli En Fairol, namun hasil tangkapan agak kurang sangat. Ikan cabuk yang saya bawa bersama, cuma dapat menghasilkan sirat-sirat dan seekor ikan merah sebesar tapak tangan. Itupun setelah bot berlabuh betul-betul di atas reba pokok tumbang. Berikut gambar-gambar yang sempat di rakam untuk anda semua.
Tetanda yang di tunggu-tunggu di bekas jeti lama pulau Ketam..Dia juga yang dapat..
Tetanda kedua yang kecik sikit dari yang pertama..
Sepatutnya ada isi kat bawah ni, tapi takda pula kali ni. Ikan tau agaknya kami kat atas..
Kawasan sangkar ikan di Pulau Ketam..
Ini saja yang dapat untuk trip kali ini, maaf kepada semua.. Cuba lagi lain kali ye..