Selasa, 25 Disember 2012

Trip Gelama Kumpau Pancing.net

Trip dari geng Pancing.net En Shazam dan Mancasting75 cuba menjejak Gelama di kawasan Pulau Ketam. Malangnya cuma 3 ekor Gelama berjaya di naikkan. Namun ada juga sedikit aksi dan kisah lucu menjejak "Mat Rempit" di laluan ke sana. Berikut aksi yang sempat dirakam kamera saya untuk tatapan anda semua.

 Tetanda di lokasi reba pokok tumbang..


 Tetanda kedua oleh Mancasting75

 Besar-besar ni memang banyak kat sungai ni, tapi malang sekali tiada Perumpun sarang. Adalah sekor dua yang saya korek di pantai..

 Casting Sesumpit berumpan udang pasar.. Layan jee...

 Ikan apa ni? Dapat bersama dengan Sesumpit..

 Dapat juga..Lain kali kena bawak gewang kecil untuk main diorang ni..

 Kerapu pertama di sangkar, kecik je tapi selera besar nak makan Belanak hidup.. Sebelum Kerapu ni di naikkan, seekor ikan telah berjaya memutuskan perambut berumpan Belanak hidup. Kemungkinan terkena pada tali sauh sangkar yang berteritip..

 Kerapu kedua di lokasi sama besar sikit dari yang mula-mula..

 Saya pun dapat juga dengan umpan hirisan Gelama..

 Seronok juga mancing kat sini, tapi agak bahaya kerana ombak bot pukat tunda yang sentiasa lalu-lalang.. Ketika berpindah ke satu lagi lokasi sangkar, salah seorang dari kami berputih mata setelah 1/2 jam menunggu. Ikan berjaya memutuskan perambut dan melepaskan diri. Lain kali jangan lupa longgarkan spool tu ye.. Takda rezki agaknya..

 Hasil keseluruhan trip yang agak berjaya kerana pelbagai spesis dapat di naikkan.