Khamis, 13 Disember 2012

Trip 9/12 Merah Sangkar

Dah sekian lama saya tak menjejak sangkar di Pulau Ketam ni. Kurang minat sebab banyak sangat proses dan kerja yang diperlukan di lokasi popular ini. Ketika ini air mati dan sudah mula pasang semula. Kami sampai di lokasi sangkar yang telah dipenuhi bot pemancing dan cuba menyelit.

Ipar duai, sepupu sepapat, termasuklah bonda saya, semuanya kaki pancing huhuhu meriah!

 "Huh! Perambut merah dah siap!"

Dua orang diperlukan untuk proses membuang sauh dan tali cangkuk di belakang. Cangkuk yang di buat khas untuk menambat bahagian belakang bot berfungsi menetapkan kedudukan belakang bot supaya tidak bergerak dan memudahkan untuk memancing. Kedudukan pula hanya 10 kaki dari sisi sangkar. Setelah memastikan keadaan selamat, barulah aktiviti memancing dimulakan. Umpan paling sesuai disini ialah kembung segar yang di potong dagingnya.


 Kedudukan macam ni kalau kena ombak bot memang masalah, tetapi tali cangkuk di belakang memainkan peranan penting bagi menetapkan kedudukan bot supaya tidak bergerak.

 Yang tu macam jamban je hahaha bukan kot!
Tak mungkin tak mungkin...


 Merah kecil pertama di lokasi belakang sangkar ketika air mula berubah arus. Hanya waktu tertentu sahaja ikan disini galak memakan umpan. Jika berdasarkan maklumat rahsia, masa ikan ni makan sekitar jam 3 petang atau 10 pagi.

 Hah tengok! Perambut merah tadi dah kena dah...Baling betul-betul kat tepi sangkar..

 Tetanda kecil yang saya dapat di tali sauh sangkar.. Memancing kat sini tak boleh baling jauh, hanya letak saja di bawah bot. Ada tali sauh di sepanjang sangkar ni.

Oleh kerana tiada ikan menjamah umpan, kami bergerak ke kawasan reba. Namun angin kuat menyebabkan sukar untuk memancing. Bukan saja memancing, nak tetapkan kedudukan bot pun susah. Akhirnya hanyut ke tebing dan terpaksa ikat pada pokok. Tiada tangkapan berjaya dinaikkan disini. 

 Anak Kerapu ini saja selain Sesirat yang berjaya dinaikkan Samat. Umpan hirisan kembung ni..

 Setelah beberapa kali berpindah, akhirnya kami berlabuh di sauh sangkar terakhir dan melayan ikan Gelama. Rata-rata ikan di lokasi ini memang kelaparan. Jatuh saja umpan, berkerumun ikan makan. Adalah juga 2 ekor Tetanda yang saya dan Samat naikkan di sini. Kami pulang sekitar jam 8 malam berteman lampu suluh...

Hasil keseluruhan trip kali ini..