Selasa, 18 Disember 2012

Sekadar Informasi, Keperluan Yang Saya Bawa Ketika Trip

Berapa banyak barang yang anda bawa ketika turun memancing? Apa barangan tersebut? Adakah ia perlu?
Berikut adalah peralatan yang biasa saya bawa ketika turun memancing..

Penyepit panjang, tak tau nama saintifiknya. Sebagai ganti kepada plyer sebab kegunaan yang lebih banyak, ringan dan mudah digunakan. Dari membuang sengat, membuka mata kail hinggalah menaikkan ikan ke dalam bot berikutan saya tidak membawa tangguk atau gancu. Susah nak dapat benda ni sekarang, kalau adapun mahal harganya. Yang ni saya beli Rm12 sahaja.

First Aid Kit, yang mengandungi Panadol, pencuci luka, kain pembalut, kain anduh 3 segi, handyplast, minyak angin, pil chikit teck Aun, losyen antiseptik, pemetik api dan pisau. Bukan saja ketika memancing, tetapi ke mana saja saya pergi. Beg ni saya jahit sendiri dari beg besar yang dah rosak, memandangkan beg yang berada di pasaran kurang tahan lasak. Kat Malaysia cuma ada 1 je..

Nyawa saya..

Tektikal Knife, yang berada di dalam beg tadi. Hanya digunakan jika perlu sahaja termasuklah memotong kain ketika rawatan, memancing dan sebagainya. Sentiasa dipastikan tajam dan siap sedia digunakan pada bila-bila masa. Di bawa kemana-mana, walaupun ketika tidur. Sesuatu yang perlu kita ingat, keperluan boleh jadi bila-bila masa..

Jala 7 kaki jenis ringan khas untuk menjala umpan. Harga Rm110 yang saya beli di pekan Banting. Kelebihan jala ni, jangkamasa menjala lebih  lama tanpa sakit pinggang kerana ringan. Mata jala jenis halus memudahkan memerangkap udang walaupun bersaiz kecil. Mudah jika digunakan di alur sungai kecil berbanding jala besar. Subsidi dari rakan lama yang selalu turun bersama dulu. Bilalah Abg Janggut ni nak turun lagi agaknya.

Fish Finder jenis GARMIN, subsidi dari Abg Amer. Harga dalam Rm900 kot. Tujuan di beli untuk mencari lubuk baru. Banyak juga membantu saya ketika turun memancing. Hanya saya bawa jika diperlukan.

Mesin jenis TOMMAN 2 unit yang tak berapa nak mahal dalam Rm45 dan joran 8 kaki casting, joran 6 kaki midium sebatang dalam Rm65. Mesin ni kena selenggara tiap kali selepas turun memancing. Jika tidak, ada saja yang berkarat dan jem. Sesuai lah dengan ikan muara bawah 2kg dan budget yang saya ada.

Lampu Alien yang saya beli di pasaraya berharga Rm16. Menggunakan 4 unit bateri AA, ringan dan mudah dibawa. Naik motor kenalah jimatkan ruang yang ada. 

Kecil tapi terang, sampai boleh pijar mata kalau tersuluh.

Tali perambut berjenama 40/60 paun jenis lembut. 

 
Matakail jenis ni yang biasa saya guna, sebab ringan dan tajam.

ToolBox yang baru beli, senang sikit nak sediakan perambut segera bila diperlukan. Biasanya saya sediakan perambut untuk anggota trip, pada yang nak lah. Bukan apa, saya cuba berikan apa yang saya ada dari pengalaman. Kebanyakan perambut yang saya sediakan telah di ukur kesesuaiannya pada lokasi memancing.

Klip jenis ni biasanya saya ambil yang nombor 8 saja. Klip nya saya buang bagi mengelakkan ia tersangkut pada tali perambut.

Batu dari saiz 5 ke 7 sesuai di lokasi cetek dan tebing bereba. Tips untuk anda, jika tali utama besar, batu besar diperlukan untuk mengelakkan ia hanyut di bawa arus. Tetapi jika tali utama halus, guna batu kecil saja sudah cukup. Tali yang kasar lebih mudah di bawa arus berbanding tali halus. Ikan pun mudah kena sebab tak nampak, cuma pastikan tali tersebut berjenama dan kuat.

Dapur mudah alih jika saya turun 24jam ke laut. Mudah nak sediakan air panas kalau malam dan masak makanan jika lapar. Murah je ni dalam Rm35 saja.

Jadi inilah barang-barang yang saya bawa jika turun kelaut berdasarkan keperluan semasa. Anda bagaimana, sama tak?