Hasil keseluruhan trip kali ini yang cuma 4 jam saja ikan rancak meragut umpan. Yang lain cuma Gelama, Sesirat dan Duri pada sebelah malam nya. Dari tepi sangkar hinggalah ke reba kayu, tak banyak yang dapat dinaikkan.
Sembilang ni 3 ekor dapat di tebing pantai yang terdapat tunggul kayu besar-besar seberang sungai Chandung, berhadapan StarCruise.
Apa nama ikan ni ye?? Saya panggil Ikan Susu atau Tarpoon kata Abg Amer. Dapat di laluan masuk ke sungai Pulau Ketam. Kiri kanan feri lalu, kami mancing kat tengah-tengah. Hujan pun iya, belasah aje kata Acid, janji dapat ikan. Menyeramkan duduk kat situ..
Tetanda ketika arus mula pasang di reba kawasan kegemaran kami.. Ada Siakap besar tapak tangan 2 ekor dilepaskan dan terlepas tak sempat ambil gambar..
Gelama dari pelbagai lokasi, kumpul lauk kot-kot kumpau..
Tetuka yang kebanyakannya dapat di laluan sungai Pulau Ketam dan pantai yang banyak Sembilang tadi..
Sedikit informasi untuk anda berdasarkan trip kali ini. Kebanyakan ikan yang saya perolehi menggunakan teknik seperti dibawah. Hampir 90% ikan lekat di mata kail. Hal ni saya perasan bila dari malam ikan kebanyakannya asyik rabut saja.
Cangkuk macam ni.. Kecik sikit mata kail ni pun boleh, lebih baik jika ia tersorok. Jangan pandang rendah pada mata kecil ni, tak semestinya ikan kecil saja yang dapat.
Perambut 40 paun dan batu saiz 5 sudah cukup jika memancing di tebing berarus. Jika umpan diragut, lepaskan tali sedikit untuk pastikan betul-betul ikan dah kena. Jangan baling tengah tapi kat tepi saja. Selamat mencuba untuk anda semua..