Makan dalam perjalanan keluar..
Banyak nya sampah kat muara ni, kepada semua pemancing, adakah ini sampah anda??
Merah pertama di lokasi jeti lama Pulau Ketam..
Merah kedua dinaikan Acid bersama reba kayu sekali..
Sembilang di lokasi yang sama ketika arus pasang..
Macam biasa kawasan bereba yang biasa membuahkan hasil agak menyukarkan mereka memancing. Matakail yang sering sangkut juga agak memanaskan hati jika tidak biasa :) Namun hanya kawasan ini yang berpotensi kerana arus yang begitu laju tidak memungkinkan kami berada di kawasan terbuka.
Bekalan 2 tong minyak terpaksa ditambah di setesen minyak Pulau Ketam sebagai insuran ketika perjalanan pulang. Pengendalian bot pula secara manual agak menyeksakan buat saya sebagai tekong. Enjin pula sukar di hidupkan jika tidak kena dengan gayanya. Satu pengalaman baru bagi saya sebagai pengajaran. Kos bagi trip ini ialah Rm450 lebih kurang dengan 5 muatan. 3 pemancing+1 tekong+1 pembantu. Lain kali lebih baik guna stering saja. Tak sanggup rasanya!