Senangin ini dinaikkan Acid dengan umpan beliak mata yang kami jala di laluan sungai Lebuh Gurap.
Agak banyak anak ikan pada waktu ini ketika air mula surut. Kehadiran burung camar laut yang menjunam ke air menandakan kehadiran anak ikan kecil ini. Biasanya keadaan ini menandakan kehadiran sepesis Senangin Buih yang memburu anak ikan ini sebagai makanannya.
Begitu juga Gelama Pisang yang sudah lama tidak muncul pada trip lepas, sudah mula menunjukkan diri. Mungkin keadaan air yang jernih hijau dan cuaca panas menyebabkan ikan aktif semula. Walaupun hujan pada paginya, aktiviti memancing kami tidak terjejas sepenuhnya. Kami sempat berlindung di sebalik plantoon di dalam anak sungai.
Gelama dan Sesumpit di dalam anak sungai..
Tetanda yang di naikkan di kawasan reba ..
Ikan Daun baru yang berjaya dinaikkan Acid menggunakan umpan perumpun sarang.
Penggunaan umpan Perumpun sarang lebih berkesan daripada umpan udang hidup. Namun hasil bagi umpan hidup lebih baik berbanding umpan perumpun. Bezanya ialah, seringkali umpan perumpun lebih cepat diragut, mudah mengena dari umpan udang yang digunakan. Umpan udang pula menghasilkan saiz ikan lebih baik berbanding perumpun. Cuma agak lambat diragut ikan.
Ketika kami menghala ke Pulau Ketam, laluan bot hampir kering sepenuhnya. Akibat dari keadaan ini, kipas enjin seringkali terlanggar sisa ranting di dasar sungai. Keadaan ini berlarutan hinggalah kami masuk ke anak sungai berdekatan. Anehnya sungai tersebut lebih dalam berbanding sungai di sebelah luar. Kami menjala udang di kawasan tersebut dan mendapti udang begitu banyak sekali. Setelah habis menjala, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Ketam.
Sesuatu yang kami pelajari ketika memancing kali ini ialah, teknik bagi menjimatkan kos memancing di reba. Masalah utamanya ialah sangkut! Seringkali batu dan mata kail tersangkut hasil dari tarikan ikan ke dalam reba. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mengunakan tali perambut lebih kecil dari tali utama. Matakail pula perlu jenis yang lembut atau mudah bengkok. Jika tersangkut, matakail akan bengkok atau hanya perambut saja yang putus. Batu dan kili dapat diselamatkan :) Bayangkan sebiji batu berharga rm1, kekili rm0.05sen, 10 kali putus dah berapa rm terbang? Lebih baik matakail saja yang putus, jimat lah sikit, betul tak? Tali perambut pula di pendekkan sedikit untuk mengelakkan ikan mudah membawa lari umpan ke reba. Sekiranya umpan diragut, sentap joran dan terus menggulung tanpa henti. Jika masih sangkut dan ikan meronta, kendurkan tali dan biar seketika. Jika bernasib baik, ikan akan keluar semula.