Jumaat, 9 November 2012

Trip Sewa 3/11 En Ali dan En Jenal

Tiap hari hujan, hujan dan hujan. Tapi kalau dah namanya kaki pancing, semuanya macam sama saja. Tengoklah diorang ni, walaupun telah di beritahu bahawa cuaca agak kurang baik, masih juga nak memancing. Trip kali ini desertai En Ali dan En Jenal ke lokasi Selat kering. Namun hasil agak kurang sangat. Di sertai enjin bot yang kurang sihat agak menyukarkan aktiviti memancing mereka ni. Bertolak pada jam 8 pagi dan pulang pada jam 8 malam. Berikut hasil yang diperolehi mereka ni..


 Kat belakang tu sangkar ikan, di sini kami cuba mencari ikan sisik. Nampaknya Sembilang saja yang naik..

 Umpan koperat yang di bawa mereka ni agak kurang mendapat perhatian ikan..




 Ikan Belukang saiz ni makan memang syok tarik, silap-silap joran pun terbang masuk air..

 Ikan Gelama yang boleh tahan besar dengan umpan udang hidup. Udang hidup juga yang dia nak makan..

 Tetanda yang hanya 10 kaki dari tebing..



Satu-satunya Gelama pisang yang kami naikkan di Lebuh Gurap..Air keruh bercampur air hujan, memang tak boleh mancing macam ni..

Oleh kerana enjin 30hp tidak dapat bergerak laju, banyak masa terbuang dalam perjalanan sahaja. Namun beberapa lokasi strategik sempat di kunjungi. Nampaknya umpan koperat yang dibawa mereka ni agak kurang membuahkan hasil. Macam biasa, saya sebagai tekong cuba sedaya upaya untuk mencari udang hidup sebagai ikhtiar. Umpan Udang lipan dan Kurita nampaknya kurang sesuai di lokasi biasa. Hanya setelah udang hidup diperolehi, barulah ikan mula rancak mematuk umpan.