Oleh kerana tiada getuan langsung di lokasi terdekat, dengan air yang bertukar warna, saya terpaksa membawa mereka ke lokasi yang berpotensi walaupun jauh. Masa berjalan dan keputusan mesti dibuat dengan cepat. Setelah menjala udang di laluan bot ke pulau ketam, saya mengambil keputusan berani menghala ke Pulau Ketam. Macam biasalah umpan udang hidup yang saya jala sebagai sedikit ikhtiar.
Kerapu Singa di lokasi jeti Pulau Ketam. Ikan banyak di kawasan ni tapi bot lalulalang agak menggerunkan kami..
Gerut-Gerut di lokasi sama dinaikkan En Megat. Juga Tetanda kecil sebesar 3 jari. Terpaksa kami ambil juga kerana kecederaan sirius.
Agak luas bot ni, sesuai untuk 5-6 pemancing, tapi tiada kanopi jika hujan..
Baru cakap hujan, hujan pun jatuh. Dengan angin kuat sekali. Ketika ini kami berlindung di Sungai Labuhan Gurap sehingga reda dan makan tengahari.
Tetanda di bekas jeti lama pulau Ketam. 2 ekor dapat pada orang yang sama..
Ini saja yang dapat saya ushakan untuk anda bertiga. Kos untuk trip kali ini ialah Rm260..