Selasa, 10 September 2013
Sekadar informasi, Cuaca buruk pada ketika ini
Kepada semua pemancing yang ingin turun ke laut di kawasan PortKlang dan sekitarnya, ini ada satu info cuaca untuk anda. Sepanjang minggu ini, hujan lebat dan angin kencang sering melanda kawasan ini. Pada minggu ini saja, angin kencang disertai hujan lebat biasanya bermula pada jam 7 pagi hingga ke 2 petang. Sekiranya hujan berhenti, masih terdapat angin kencang yang tidak dapat diramal. Di kawasan laut terbuka terdapat ombak besar merbahaya pada bot kecil. Sila pastikan laluan anda selamat dan hindari kawasan terbuka ketika ribut melanda. Pastikan jaket keselamatan sentiasa dibawa untuk sebarang kemungkinan. Sentiasa prihatin dengan cuaca di sekitar anda.