Isnin, 2 September 2013

Anjing Oh Anjing..

Ini pula kisah 3 ekor anjing yang berada di kawasan khemah kami. Anjing ini bukan lah binatang peliharaan kami tetapi memang terdapat di kawasan tersebut. Apa yang menyedihkan kami, binatang ini telah di pukul dan di baling batu oleh penjaga resort sehingga tempang dan cedera. Namun setelah diberi sisa makanan dan dihalau berulang kali, ia tetap datang kembali. Kata penjaga resort, malaikat tidak akan turun ke kawasan tersebut jika ada anjing. Malah, mengikut katanya ia boleh dibunuh. Sehari selepas kejadian tersebut, terdapat pengunjung yang menyewa chalet membawa anjing ke dalam bilik. Saya pun bertanyakan kepadanya, adakah dibenarkan membawa anjing ke dalam bilik chalet dan bgaimana pula halnya dengan malaikat yang tidak turun nanti? Dia hanya menjawap, apa boleh buat, di pelanggan kami. Apabila kita kurang ilmu, maka tambahlah ilmu. Janganlah bercakap kosong dengan perasaan semata-mata. Jangan pula berlagak seolah pandai dalam segala hal. Keadaan seperti ini, kadangkala terkena pada diri sendiri. Umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

 
Memang benar anjing adalah haram pada umat islam, tetapi janganlah sampai di aniaya atau dicederakan. Akhirnya 3 ekor anjing ini telah menjaga tapak perkemahan dan bot kami pada waktu malam. Semua peralatan terpaksa disimpan dan diletak pada tempat sesuai bagi mengelakan sentuhan dari anjing tersebut. Untuk langkah berjaga-jaga, kawasan khemah, kami pagar dengan jaring bagi mengelakkan ia masuk ke dalam kawasan khemah. Sebagai mengenang budi pengawal tidak bergaji ini, makanan akan diberikan setiap hari.