Isnin, 22 Julai 2013

Sekadar Informasi, Sonar dan Ikan

Pernahkah anda menggunakan Sonar untuk memancing? Sonar adalah sejenis alat yang menggunakan frukensi gema bagi mengesan kedudukan ikan dan permukaan di dasar air. Walaupun penggunaan alat ini nampak mudah, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi amat diperlukan. Tahukah anda, bagaimana mentafsir maklumat sonar? Sedikit tips dari kami untuk anda.

Sonar yang saya gunakan, menggunakan kuasa bateri petak 6 watt yang biasa digunakan dalam lampu suluh. Bateri ini saya gabungkan 2 biji untuk mencapai kuasa 12 watt dan sedikit sambungan kecil perlu dibuat bagi menyambung 2 bateri ini. Mengapa saya tidak gunakan bateri kereta?? Jawapan mudah, supaya ianya ringan dan mudah dibawa. Bateri kereta yang berat dan perlu di cas semula, saya rasakan tidak praktikal ketika ini. Sekiranya terdesak, anda boleh dapatkan sumber yang mudah diperolehi. Cabut fius yang berada di hujung wayar sonar dan terus sambung ke bateri.

Bahagian pendek menagadap ke depan, manakala yang panjang ke belakang.

Kedudukan di dalam bot, saya tindih dengan botol berisi air supaya tidak bergerak.

Setelah itu, letakkan transduser di dalam perut bot yang diisi dengan air. Pastikan ia sentiasa tenggelam dan tidak terangkat. Pastikan kedudukannya betul dengan mengadap ke depan seperti di atas. Tidak perlu memasang pancang atau tiang di luar bot untuk ini. Di dalam bot sudah memadai kerana gema sonar boleh menembusi perut bot.

Setelah itu aturcara atau setting perlu dibuat, seperti jarak permukaan dasar dan permukaan air, syimbol ikan dan penggera. Antara imej yang akan anda lihat adalah seperti di atas.Jangan tertipu dengan imej tersebut kerana bukan semua yang anda lihat adalah ikan. Di sinilah kemahiran anda untuk mentafsir diperlukan. Matikan syimbol ikan dan penggera, supaya lebih mudah kerja anda.

Sekiranya anda bernasib baik, imej di atas mungkin akan muncul di skrin anda :) Tanda merah adalah benda keras seperti kayu dan batu, tanda hijau adalah karang, biru dan merah melengkung adalah ikan. Matikan sonar jika tidak digunakan, pisahkan sambungan dari bateri. Sentiasa melakukan ujikaji dengan alat sonar anda supaya lebih mahir di masa hadapan.