Walaupun cuaca ketika ini tidak menentu, kami masih keluar ke laut. Untuk kali ini saya, Acid dan Jemik menghala keluar bagi mencari Cencaru dan Jenak di laluan kapal dengan bot baru. Tiada Cencaru di lokasi dek kerana ribut dan cahaya matahari suram yang kurang kelihatan. Namun kami menukar taktik dengan menyuluh kawasan tersebut dengan sonar. Beberapa spot panas dapat ditemui namun tiada tangkapan besar dapat dinaikkan. Hanya seekor Tetanda kurang dari sekilo dan beberapa kali terlepas dan putus dek kerana kecuaian sendiri.
Tetanda di spot pertama menghanyut, dengan umpan udang kecil sejurus selepas Jemik melepaskan seekor ikan..Jatuh saja umpan ke dasar, terus disambarnya..
MJ atau Siakap Merah dari sebesar ini hinggalah sebesar 3 jari dapat di naikkan..
Tetanda saiz 3 jari banyak terdapat di reba kayu di kawasan ini. Ini termasuklah MJ yang bersaiz sama.
Tangkapan keseluruhan dalam 6 kg termasuk Cencaru dan Selar. Kami pulang sekitar jam 7 malam akibat ribut yang mula melanda.