Perhatian kepada semua pemancing di luar sana yang ingin memancing terutama yang menaiki bot atau menebing. Ini ada satu informasi cuaca untuk anda. Sepanjang minggu ini, cuaca di kawasan PortKlang tidak begitu baik. Ribut dari kawasan luar ke dalam selat sering berlaku disertai hujan lebat. Di sebabkan itu, kawasan terbuka amat bergelombang dan merbahaya bagi bot kecil. Kepada semua pemancing sila ambil langkah keselamatan jika berlaku ribut. bawa dan pakai jaket keselamatan. Jangan bahayakan diri dan rakan anda dengan berada di kawasan terbuka. Ada banyak anak sungai yang anda boleh kunjungi dan masih mempunyai hasil yang baik. Sentiasa memantau pergerakan cuaca dari masa ke semasa.