Trip ini telah dirancang sebulan awal oleh Abg Amer. Rancangan awal untuk menyewa bot besar telah ditukar kepada bot sendiri. Walaupun terlebih muatan dan terpaksa menempuh gelombang tinggi, trip di teruskan juga demi memenuhi permintaan mereka. Trip sepatutnya cuma 6 orang termasuk tekong dan pembantu, telah menjadi 7 orang dengan saiz bot sedikit kecil. Segalanya selamat atas kehendaknya. Kepada semua penyewa trip, saya sarankan anda tidak membawa anggota lebih dari yang telah diberitahu. Tak banyak gambar dapat diambil berikutan pergerakkan terbatas..
Senangin di tebing muara sungai tak sampai 5 minit berlabuh, nyaris terlepas kerana mata kail tercangkuk sikit je kat bibir..
Kerapu dan Merah kecil di lokasi keluar sungai ke sangkar pertama.
Terdapat juga ikan lain seperti Semilang, Tetanda dan Selewak yang berjaya dinaikkan di kawasan anak sungai. Trip ini adalah trip Full Service yang mana dari memasang perambut, umpan, membuka ikan, semuanya dilakukan saya dan pembantu. Hanya perlu bawa pancing dan kotak ikan saja. kos bagi trip ini ialah Rm580 termasuk minyak dan umpan.