Hari ini, Komando_sg saya arahkan untuk memandu bot sepanjang perjalanan pergi.
Perjalanan mengambil masa hampir satu jam menghala ke Pintu Gedung dan Boya. Keadaan air ketika ini tenang dengan sedikit arus tetapi cuaca yang sangat panas. Jika dilihat pada jadual pasang surut, ketika ini air mengecil 2 hari sebelum mati penuh. Sampai saja di lokasi, apollo di turunkan. Matlamat utama kami adalah Cencaru, namun lain pula yang naik. Selain Cencaru yang ganas, ikan Merah sebesar tapak tangan juga menyambar apollo kami. Sukar di percayai tetapi itulah yang berlaku.
Saiz seperti ini suka menyambar apollo kami. Untunglah apollo yang kami guna bersaiz besar dan kukuh. Bayangkanlah 5 ekor Cencaru dan seekor Merah dalam sekali karau, sakit pinggang di buatnya.
Ketika ini juga saya menurunkan umpan ikan beliak mata di bawah bot. Hasilnya seekor Merah skala 1 kg berjaya dinaikkan. Malang sekali kerana Eboi yang mengarau pancing dek kerana saya sibuk dengan Cencaru. Tarikan yang agak bertenaga di tambah dengan kedalaman air yang mencecah 30 meter!
Cuba anda lihat warna jig, hampir sama dengan warna ikan!
Eboi yang mula seronok dengan keadaan ini, menurunkan jig bersaiz 40gram. Tidak sampai 5 minit, jig yang yang disuakan disambar ikan! Buat pertama kalinya jig yang hanya disimpan dalam kotak, membuahkan hasil di spot ini. Setelah di karau, seekor Merah bersaiz sama berjaya dinaikkan.
Nasik bungkus yang kami bawa menjadi hidangan makan tengahari. Walaupun sudah hampir basi dek kerana panas yang melampau, sekurang-kurangnya dapatlah menghilangkan lapar. Trip kali ini agak membuahkan hasil dengan Merah, Cencaru dan Selar memenuhi peti iakn kami.