Ikan Selangat yang biasa kami guna sebagai umpan.
Setelah bersusah payah menyelitkan diri di bawah jambatan, almaklumlah air maksima tinggi hingga bot tidak dapat melepasi jambatan. Perjalanan diteruskan menuju lokasi dirancang iaitu Pantai Aceh. Malangnya, laut bergelora dan mendung diiringi angin yang sepoi-sepoi juga. Melencong ke Tiang Kembar laluan masuk ke Westport dan berlabuh di tiang sebelah tepi. Ikan pertama dibawa naik, Kerapu :)
Umpan beliak mata memang berkesan untuk spesis ni. Hampir terlepas kerana masuk ke celah tiang, bersusah payah menarik keluar, akhirnya naik ke sampan :) Ditambah joran lembut casting, seronok melayan. Ketika ini Gerut-gerut dan Bebolos juga mengena kail kami. Kemudian berpindah ke tiang tengah, gelombang semakin kuat tetapi anehnya semakin ramai yang menjaring. Memang cukup hebat diorang ni, dari jauh kelihatan kipas enjin terangkat-angkat dipukul gelombang. Kami berpindah ke Selat Kering dan memancing di sangkar, hanya ikan Gelama dan Duri dinaikkan.
Masuk ke anak sungai dan berlabuh di simpang "Y" anak sungai yang dalam sedepa dan belakang sikit bot sedang menjaring :) Namun walaupun cetek tetapi jernih dan ikan begitu galak memakan umpan. Seekor Senangin berjaya melepaskan diri dari mata kail saya dengan jayanya. Siap "summer Salt" lagi atas air, bukan rezki saya. Eboi, Acid dan Samat bergilir-gilir merentap joran. Bebolos, Gerut-gerut, Gelama dan Tetanda menjadi habuan mereka. Seekor ketam besar juga berjaya meloloskan diri dari mata kail Eboi :) Tangguk tak ada...
Pancing jaring Tilapia untuk tangkap ketam, tapi Bebolos pula yang kena hahahaha!
Ikan Sebelah Eboi, dapat 2 ekor pula, dah jadi sekor Ikan Sebelah :P
Ketika air mula keruh, kami berpindah keluar dan menuju Labuhan Gurap tetapi hampa kerana air sudah mula laju. Namun, beberapa ekor Semilang berjaya di naikkan. Hasil kerja tangan si Eboi lah ni. Tiada Gelama pisang di naikkan. Berpindah ke Pantai StarCruise, beberapa ekor Gelama dan Tetuka berjaya dibawa naik.
Berpindah ke Tiang 4 Sarang Lang, arus dah pun laju. Makin ramai pula bot menjaring. Kami berlabuh 10kaki dari tebing dan melontar umpan di tepi saja. Beberapa ekor Tetanda, Gelama dan Tebal Pipi memakan umpan kami. Perumpun, anak ikan potong dan udang potong pun dimakannya. Beberapa kali tersangkut ke reba sebab ikan melarikan umpan bila lambat merentap jorang. Beberapa biji batu ladung berjaya disimpan untuk 10 tahun lagi. Koyak poket!
Tebal Pipi dan Tetanda banyak kat tebing ni, berlindung dari arus deras di kawasan reba kayu. Perlu hati-hati kat sini. Gelama pun banyak juga walau pun guna ikan potong.
Singgah di Tanjung Harapan membeli juadah berbuka, memancing diteruskan sehingga jam 9 malam. Air tinggi menyebabkan kami terpaksa menunggu kerana bot tidak boleh melepasi jambatan. Pendek kata trip kali ni puas dan penat sebab tak sempat berehat :) Setiap lokasi ada tarikan..