Jumaat, 10 Ogos 2012

Kisah ketam dalam perut ikan

Salam sejahtera kepada semua rakan pemancing. Pernahkah anda terfikir apakah makanan terakhir pada ikan yang telah anda tangkap? Mungkin ini dapat membantu anda.. Pada trip yang lepas saya telah membuat kajian tehadap tangkapan yang telah saya naikkan. Sekadar informasi dan ilmu untuk rakan pemancing lain, jom kita tengok apa yang ada dalam perut diorang ni :)

Ikan pertama, Kerapu yang saya perolehi Di tiang kembar.




Umpan yang saya gunakan Beliak mata. Ketika tangkapan dinaikkan, terdapat seekor sotong dalam mulut ikan tersebut. Panjang 3 inci berwarna putih, jenis sotong yang biasa jumpa kat pasar. Terdapat juga ikan Beliak mata di dalam perut nya, tiada benda lain. Kesimpulannya ikan ni memang memilih makanan.

Ikan kedua, Tetanda kecil






Terdapat seekor Kutu Parasit bewarna kuning dalam mulutnya. Kutu ni memang biasa terdapat pada ikan Tetanda, parasit ini melekap sambil menghisap darah dan membesar bersama. Kutu ni masih hidup walaupun sehari didalam ais. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sisa ikan kecil, kaki ketam, dan ekor ekor udang. Tak padan kecik,semua nak makan.

Ikan ketiga, Sembilang

 


Ikan ini diperolehi di kawasan alur sungai kecil ketika air mula masuk. Umpan digunakan adalah udang kecil. Terdapat banyak sisa ketam kecil bewarna putih di dalam perutnya. Hampir kesemua isiperut ikan Sembilang ni ada ketam putih kecil ni. Jadi kesimpulannya, ketam ini memang menjadi santapan rasmi ikan selain umpan yang kita sajikan :) Untuk informasi anda, ikan ini berlonggok dalam alur sungai kecil ketika air mula masuk ke dalam sungai. Buktinya, banyak ikan Sembilang masuk ke dalam jala ketika menjala udang di kawasan tersebut.

Mungkin suatu hari nanti maklumat ini berguna pada anda. Manalah tau kot-kot terdesak dan tiada umpan untuk digunakan, boleh la carik ketam ni kat tepi pantai untuk dijadikan umpan :)