Setelah sekian lama berusaha untuk memiliki enjin dan sampan, akhirnya berhasil. Kalau dah rezki, tak kemana. Sampan 10kaki/5.0hp ini berjaya di beli dengan harga yang berpatutan, dari orang kg ni juga, kenalan tempat kerjanya. Disini saya letakkan gambar nya.
Panjang 10 kaki lebih kurang la, lunas tapi sampan jenis ni agak kurang stabil kerana bahagian bawah bentuk 'V' dan ringan. Sesuai untuk tasik, sungai dan selat yang tenang tanpa gelombang. Setakat pengalaman saya enjin 15hp pernah turun di kawasan PortKlang masa dulu-dulu dengan sampan saiz ni.
Enjin 5.0 memang sesuai dan menjadi idaman dari dulu lagi. Walaupun kecil tetapi banyak memberi manfaat pada yang ingin penjimatan dalam kos minyak dan selenggara nya. Mudah dibawa dan tak perlu ruang besar untuk menyimpan. Kalau nak trolling dalam atau muara sungai sesuai sangat. Kemungkinan akan di ubahsuai menggunakan tangki luar jika boleh.