Pada trip kali ini saya, Samat dan Adiknya turun melalui pengkalan Chandayu Sg Chandong. Dah rasmi menjadi pengkalan rasmi kami di masa depan. Oleh kerana ketika ini air mati, kami membuat kesilapan kerana tidak menunggu untuk air surut. Bekalan udang pula cuma 60 ekor yang dibeli sekadar insuran yang sememangnya tidak mencukupi untuk kami bertiga. Meneruskan perjalanan ke tebing DryBulk Terminal, kami menjala udang di tepi pantai. Tidak sampai 10 ekor pun udangnya, perjalanan diteruskan ke Selat Kering. Tujuan utama kami ialah untuk menentukan tahap penggunaan myk bagi enjin tersebut.
Sampai di pintu keluar ke sangkar ikan, kami berhenti di simpang sungai untuk memancing. Tiada tangkapan selain seekor Gelama, Sesirat, Duri dan Baji. Menunggu tebing sungai muncul ketika air surut, menjala di alur sungai untuk bekalan udang. Hampa segalanya kerana hanya anak Belanak yang berjaya dijala. Tiada pilihan lain, kami bergerak ke luar selat menghala ke Tiang Kembar. Berhenti sejenak berdekatan sangkar terakhir, dengan baki udang yang ada, cuba mencari reba pokok tumbang. Oleh kerana lampu kurang terang, penglihatan amat terbatas, lokasi tak dapat dikesan. Cuma Duri dan Gelama dinaikkan, habis ikan semua ikan kecil kami potong jadikan umpan. Perjalanan diteruskan ke Tiang Kembar di sebelah tepi. Jika berdasarkan pengalaman saya, ketika air mati, tiang ni ada penghuninya walaupun air cetek. Berdasarkan umpan Belanak hidup, memang sesuai.
Gambar ni saja yang berjaya sempat di rakam. Bateri semua kong..
Gambar tangkapan kedua kami..
Kesimpulan dari trip ini, enjin Mariner 30hp memang jimat. Dari pengkalan ke Warf, Selat Kering, pusing-pusing cari umpan, Tiang Kembar, kembali mencari umpan, kembali ke tiang 4 Sarang Lang, Muara Sg Labuhan Gurap, Dry Bulk Terminal, kembali ke pangkalan, hanya dengan minyak 1 tong berbaki 3 liter :)