Banyak betul obor-obor mengganggu umpan kami ketika ini. Hampir di semua lokasi terdapat gangguan ini. Buktinya seperti di bawah, sesungut bewarna kuning coklat melekat pada umpan dan kail kami.
Inilah fenomena biasa sekiranya masuk ke bulan 6 setiap tahun, menandakan musim ikan tertentu masuk ke selat. Jika mengikut maklumat dari orang lama, inilah musim ikan bawal dan siakap setiap tahun.
Sungguh pun banyak obor-obor, tangkapan berjaya juga dinaikkan. Antaranya, 3 Merah, 2 Tetanda dan 5 Kerapu. Ada tarikan kasar yang tidak berjaya dinaikkan, namun tidak berjaya dinaikkan. Apa boleh buat, bukan rezki kami. Trip pulang pada jam 8 malam ke pengkalan.