Proses membuat sampan ini bermula pada Selasa lalu dan dijangka siap selama 7 hari. Berbanding dengan sampan sebenar yang mengambil masa 3 bulan atau lebih. Jika mengikut cerita orang-orang lama dan ayah saya, pembuat sampan perlu mempunyai kemahiran pertukangan dan ketenangan bagi memudahkan kerjanya. Tidak hairanlah jika ada yang perlu berpuasa bagi mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam menghasilkan kerja tangan yang cukup bermutu tinggi.
Memilih kayu yang sesuai memang agak sukar. Apalagi jika ukuran yang diperlukan tiada di jual. Saya memerlukan 10-13 kaki panjang tetapi hanya ukuran 10 kaki saja yang diperolehi. Oleh kerana ia perlu 7 hari untuk disiapkan, papan lembut dan kecil terpaksa digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja.
Pelantar terpaksa dibuat dahulu bagi memudahkan kerja melentur papan dan pengukuran dengan cara yang lebih mudah. Untuk masa secepat ini, rasanya tiada cara mudah yang lebih cepat dari cara ini. Mana pernah seorang tukang kayu membina sampan hanya 7 hari. Untuk replika mungkin boleh.
Setelah kerja melentur, tulang di ukur terus pada papan dan potongan, cantuman di buat. Jika mengikut pengalaman saya, setelah tulang paling belakang di pasang, barulah tulang yang lain mennyusul dengan mudah.
Susunan papan yang telah di ukur mengikut saiz papan pada tulang. Paku perlu di pasang separuh saja supaya pergerakan boleh berlaku apabila dilentur dan mudah dicabut semula apabila berlaku kesilapan. Paku ini cuma akan di pasak terus hanya apabila semua tulang siap di pasang dan yakin ia di pasang dengan betul.
Lunas di perbaiki sebangak 2 kali mengikut turutan supaya sudut haluan boleh di pasang dengan betul. Sekiranya sukar melentur, tambah sudut lunas sehingga berjaya.
Bahagian bawah...
Beginilah bentuk kasar selepas siap fasa pertama dan kedua. Kerja seterusnya adalah membentuk haluan dengan ukuran yang tepat. Semua kerja di bantu dengan peralatan pemotong kayu elektrik bagi mempercepatkan kerja. Pembaris, pisau, pensil sebagai alat pengukur. Semua kerja diatas dibuat dalam tempoh 2 hari.