Selamat berpuasa kepada semua umat islam dan rakan-rakan pemancing diluar sana. Kehadiran bulan Ramadhan setiap tahun adalah perkara biasa yang dinantikan umat islam. Puasa pada tahun ini mungkin lebih mencabar disebabkan fenomena cuaca panas dan jerebu yang melanda negara kita. Kepada rakan-rakan pemancing, elakkan pembakaran terbuka, gunakan sumber air dan tenaga dengan bijak bagi mengelakkan pembaziran.
Sebagai pemancing tegar dan mencari sumber pendapatan di laut, puasa bukanlah penghalang. Aktiviti dijalankan seperti biasa tetapi dikurangkan kepada yang perlu saja. Kepada rakan-rakan pemancing di luar sana, janganlah menjadikan aktiviti memancing sebagai satu sebab anda tidak berpuasa. Jika tidak tahan, hentikan aktiviti memancing anda sementara waktu. Jika tidak, pergilah ke kolam berbayar atau mana-mana lokasi yang sesuai.
Ketika berbuka pastikan anda makan makanan yang sesuai dengan diet bulan puasa. Jangan makan berlebihan dan elakkan pembaziran. Jadikan bulan puasa sebagai bulan penyembuh dan bukan mengundang penyakit. Anda tentu faham dengan ayat di atas tadi.
Semoga bulan Ramadhan kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua. Selamat berpuasa!