Khamis, 26 Jun 2014

Sekadar informasi, Arah arus

Pergerakan arus pasang dan surut amat penting bagi seorang pemancing. Keadaan ini mempengaruhi kejayaan dan kegagalan ketika memancing. Pergerakan ini juga mempengaruhi sifat penghuni dasarnya. Kebanyakan pemancing berpengalaman akan cuba mengejar waktu terbaik bagi menjejak spesis sasaran mengikut pergerakan arus ini dan adakalanya cara tersebut agak tidak munasabah kepada pemancing yang masih baru.

Kami berikan contoh kepada anda. Anda telah sampai dulu di lokasi 1 dan mula memancing. Sebuah bot juga meninjau lokasi anda tetapi tidak berhenti di lokasi tersebut. Setelah sejam menunggu, tiada tangkapan berjaya dinaikkan dan anda mula beralih. Namun ketika anda mula mengangkat sauh, bot yang tadinya hanya melihat anda, datang semula dan berlabuh berdekatan dengan lokasi anda tadi. Tidak sampai 5 minit, 1 tangkapan baik berjaya dinaikkan.

Pergerakan arus surut di kawasan Sarang Lang, Labohan Gurap, Navy, Sg Klang, Pulau Tonggok, Tanjung Balai, Tjg Harapan.

Pergerakan arus pasang di lokasi sama.

Ada juga kes di mana bot akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang jauh hanya semata-mata mengejar arus yang sesuai untuk memancing. Kadangkala pula berada di lokasi yang sama ketika mula-mula tadi. Jika difikirkan secara logik, perlakuan ini dilihat sebagai satu pembaziran minyak dan masa. Tetapi bagi pemancing berpengalaman, ini semua adalah kemahiran paling berharga yang dapat membantu ketika memancing.

Bersambung...