Rabu, 26 Februari 2014

Trip Suka-Suka Bersama

Walaupun sudah biasa turun ke laut, kadangkala teringin pula untuk memancing sendiri. Sambil santai, sambil mencari lokasi baru. Kali ini Komando_sg, Acid, Eboi dan saya, turun sekadar memanaskan tangan. Mereka ni akan ke Pulau Jarak tak lama lagi, mencari pengalaman baru. Beginilah aktiviti kami sebagai kaki pancing tegar. Jika dahulu kami diperkecilkan, kini industri ini kian berkembang dan jauh berbeza. 

Pada kali ini kami bercadang mencari spesis mahal di kawasan sangkar, malang tiada tangkapan baik dinaikkan. Oleh kerana jam sudah menunjukkan hampir 3 petang, kami menyusuri sungai untuk kembali ke pengkalan. Dalam pada itu kami singgah di beberapa lokasi yang tidak pernah kami kunjungi sebelum ini. Hasilnya, beberapa tangkapan comel berjaya dinaikkan.

Lokasi sangkar nampaknya kali ini sangat menghampakan..

Tetanda dengan umpan Belanak Hidup, setelah 1/2 jam mengharungi agas.


Tetanda kecil yang banyak mendiami kawasan sungai juga kadangkala sukar diperolehi. Ketika ini air sudah mula bergerak surut dan jernih.

Sembilang yang comel..

Gelama Selewak yang rakus membaham umpan udang hidup..


Bukan di mulut tapi di perut..

Tetanda kecil lagi..

Di kawasan ini terdapat banyak pokok tumpang berada di dalam air.

Keseluruhan hasil tangkapan yang tak berapa nak banyak, tetapi boleh dibanggakan. Sekadar suka-suka di waktu kelapangan.