Terdapat banyak bot sewa untuk memancing di kawasan PortKlang. Dari sekecil 16 kaki hinggalah bot sebesar 26 kaki, manakala bot nelayan yang besar juga ada di sini. Namun kadar sewanya berlainan bergantung kepada pengendalinya. Bagaimana harga sewa bot ini ditentukan?
Semua harga bot sewa ditentukan berdasarkan saiz dan jenis bot. Harga sewaan merangkumi harga minyak, kos selenggara dan upah tekong yang digunakan. Lebih besar dan mewah bot, lebih mahal harganya. Berikut antara kos yang termasuk dalam harga tersebut. Contohnya seperti dibawah..
Harga bot 23 kaki Enjin 60hp Rm250
Minyak Petrol 2 tong/2T 3 botol Rm150
Upah Tekong Rm100
Umpan Rm100
Harga bot termasuklah kos selenggara untuk sekali turun dan bukanlah ditentukan dengan masa. Harga ini juga melindungi bot sekiranya berlaku kerosakan yang biasa berlaku sebagai contoh, menukar minyak gear, palam pencucuh dan Boost kipas. Walaupun begitu kos ini tidak dapat menampung kerosakan lain yang lebih besar. Tuan punya bot hanya bergantung kepada kepakaran dan keperihatinan Tekong yang mengendalikan nya.
Harga minyak pula ditentukan berdasarkan jarak perjalanan bot pergi dan balik. Ini termasuk kos upah membeli dengan kenderaan. Pembelian minyak menggunakan kenderaan darat dan memerlukan kos.
Minyak bot 2 tong Rm100
Minyak 2T 3 botol Rm21
Upah membeli Rm10
Kos kenderaan Rm15
Kos minyak ini telah ditentukan oleh tekong dan pemilik bot. Lebih jauh perjalanan, lebih minyak terpaksa dibeli dan kos akan meningkat.
Kos umpan hanya akan disediakan jika mendapat permintaan dari penyewa. Namun kebanyakan tekong biasanya tidak menyediakan perkhidmatan ini. Antara faktor utamanya kesukaran mendapatkan umpan hidup dan kos terlalu tinggi dan berisiko. Walaupun dengan deposit atau tanpa deposit. Sebagai contoh, tekong sudah menempah umpan dan umpan tersebut mati sebelum sempat turun ke laut. Ada juga pembatalan trip saat akhir menyebabkan umpan rosak dan berlaku pembaziran. Antara kos yang diambil kira dalam penyediaan umpan..
Perumpun / 1 paket Rm5
Upah membeli Rm10
Udang Hidup/ 1 ekor Rm0.50
Bateri dan Mesin oksigen Rm10
Upah membeli Rm10
Sotong Kurita/1 ekor Rm10
Upah membeli Rm10
Bagi penyediaan umpan mati dan sjuk beku, penyedia umpan terpaksa keluar awal pagi ke pasar borong untuk mendapatkan harga termurah. Upah bagi menyediakan udang hidup sangat tinggi kerana faktor masa, perjalanan, dan kos kenderaan. Dalam kes ini penyedia umpan terpaksa mengambil masa dan menanggung risiko jika umpan yang disediakan mati sebelum sempat sampai ke tangan pembeli. Jumlah umpan yang disediakan juga bergantung kepada harga umpan yang dijual. Jika murah, maka banyaklah yang dapat dibeli jika mahal, maka kurang lah jumlahnya.
Upah tekong pula bergantung kepada kepakaran yang dimiliki. Selain itu upah kerja yang perlu dilakukan ketika trip. Lebih banyak perkhidmatan yang di pinta, akan semakin tinggilah upahnya. Sebagai contoh, mengemudi bot, mengangkat sauh, menjala, membuka ikan, memasang umpan, memasak, memberi khidmat nasihat, menyediakan perambut dan peralatan sampingan dengan maksud memudahkan si penyewa untuk aktiviti memancing.
Setelah di kira dan dijumlahkan, kos sewa bot akan jadi begini..
Bot Rm250
Minyak Rm150
Tekong Rm100
Umpan Rm100
Jumlah Rm600
Bagi bot yang lebih kecil harganya lebih murah, namun kapasiti penumpang akan berkurangan. Makin kurang anggota trip, makin tinggi kos yang perlu ditanggung bagi sesuatu trip memancing. Namun jika difikirkan semula dengan memiliki bot sendiri, harga ini lebih kurang saja dengan kos menyewa. Jadi buatlah pilihan terbaik, sekadar informasi untuk anda semua....