Ahad, 9 Februari 2014

Trip 8/2 En.Fauzi dan Rakan

Trip malam ini di anggotai 5 orang pemancing termasuk saya. Terasa banyak sangat barang yang kami bawa hingga nampak sempit bot kami. Saya sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Mungkin terdapat banyak barang yang tak perlu dibawa bersama tetapi terbawa sekali. Memang betul kata rakan saya, walaupun bot ni nampak besar tetapi hanya selesa untuk 4 orang sahaja. Pada malam tersebut juga kami ditegur oleh pihak berkuasa yang membuat rondaan di sekitar kawasan terbabit. Tak mengapalah, yang penting semuanya selamat.


Persinggahan di 4 lokasi berlainan hanya menghasilkan beberapa ekor Sembilang dan Gelama saja disamping Sesirat yang mengganggu umpan kami. Tak terkecuali juga ikan Duri yang wajib diperolehi di kawasan ini.

Merah anggaran 1.2 kg yang berjaya di bawa naik menggunakan umpan sotong.

Tangkapan keseluruhan pada trip kali ini..

Cuaca sejuk keterlaluan dengan angin bertiup lemah sepanjang malam, tidak mengganggu aktiviti memancing kami. Mereka ni dah biasa duduk di pejabat dengan penghawa dingin maksimum katanya. Setelah pagi, barulah kami bergerak ke kawasan sangkar dan cuba mencari spesis berharga di kawasan ini. Hasil berkat usaha mereka, 2 ekor Merah diselangi Tetanda bersaiz sederhana dapat dinaikkan. Trip pulang seawal jam 11 pagi kepengkalan. Terima kasih kepada mereka yang sudi menggunakan perkhidmatan kami.