Bekalan udang hidup Rm30 dan 2 kg ikan Kembung dan Selar, kami bertolak ke lokasi dengan bot kecil saja. Sampai di lokasi pertama, sauh dilabuh dan aktiviti memancing dimulakan. Hanya ikan Duri dan Tetanda yang berjaya dinaikkan.
Tetanda di lokasi pertama..
Comel nya Tetanda ni, habis separuh hirisan Kembung ditelan.
Setelah puas di ganggu Ikan Duri, kami mengubah bot ke satu lokasi yang kami namakan Tapak 2. Ketika ini, air pasang sudah mula mengubah arus. Cuma 5 minit berlabuh, 2 tarikan kasar mengejutkan kami bertiga. 2 ekor Gelama Belang hehehe berjaya di bawa naik. Bermula dari waktu tersebut, ibu pula berjaya menaikkan 1 tangkapan besar, Senangin Taiwan. Ikan ini biasanya ditemui di kolam pancing berbayar. Kehadirannya di sini amat memelikkan kami. Setelah bersusah payah bermain tali, tangguk pula tidak cukup besar. Kesemua tangkapan terpaksa menggunakan gancu untuk dinaikkan ke sampan.
Double Hook!
Senangin Taiwan, rekod peribadi Ibu tahun ini..
Sekor lagi Gelama Belang milik Eboi..
Saya juga tidak terlepas peluang menaikkan tangkapan yang sama.
Bayangan ikan di bawah sinar cahaya mentari.
Ketika ini, kebanyakan tangkapan adalah hasil tangan Eboi.
Sangkut pada karang tapi berjaya saya naikkan setelah beberapa ketika menunggu ia keluar.
Ibu juga menuai hasil yang sama.
Kedudukan lokasi yang tepat adalah kunci kejayaan trip kali ini, disamping keadaan ikan yang aktif dan berkumpul di satu spot. Banyak juga ilmu baru yang kami perolehi kali ini. Antaranya cara umpan dilabuh, saiz umpan, mata kail dan penggunaan alatan sesuai. Penggunaan joran aksi keras dan tali utama kukuh lebih memudahkan kerja kali ini. Selepas umpan dibawa lari, rentapan padu dapat dibuat tanpa ragu-ragu. Rata-rata tarikan nya amat kasar hingga letih kami dibuatnya.
Separuh adalah lebih baik dari hirisan kerana dengan cara ini gangguan ikan kecil dapat dikurangkan. Jika terdapat gangguan ikan kecil sekalipun, ikan besar masih sempat melihat umpan sebelum dihabiskan ikan kecil.
Tangkapan yang nyaris menerbangkan pancing kami ketika sibuk melepaskan mata kail pada ikan. Ibu yang sentiasa peka dengan keadaan ini menyelamatkan keadaan. Rata-rata kekuatan tarikan ikan di sini amat menyeronokkan. Joran aksi keras yang kami gunakan kebanyakkannya melentur habis walaupun penjajar gelung kami ketatkan.
Hasil keseluruhan trip kali ini..
Senangin Taiwan 3kg.
Kerapu terbesar 1.8kg.
Oleh kerana umpan telah habis, kami bergerak pulang seawal 4 petang walaupun masih terdapat udang yang belum habis digunakan. Berehat seketika di laluan sungai sebelum pulang ke pengkalan dan mengambil gambar. Baki udang yang ada kami berikan kepada pemancing di rumah rakit dalam perjalanan pulang. Trip kali ini menjanjikan kepuasan setelah sekian lama tidak berhasil, lebih-lebih lagi buat Eboi yang sudah lama menanti. Dengan kata lain, impian telah tercapai dan satu lagi trip penutup hujung tahun yang cukup berjaya.