Sebelum beli, fikir dulu,
- Ada duit tak?
- Besar mane nak beli?
- Nak letak kat mana?
- Laut, tasik, sungai?
- Sape nak jaga?
- Simpan pengkalan ke bawak balik?
- Kos penjagaan enjin, sewa tapak, kos penjagaan?
Kemudian besar mana nak beli dengan kos yang ada. Kalau nak beli biar yang sesuai dengan kewangan. Bot ni ada yang baru dan terpakai. Kena pandai cari dan runding harga. Jangan sampai tertipu! Pastikan anda melihat secara live enjin tersebut dan mencubanya sekali. Ambil gambar semua bahagian enjin untuk mengelak penukaran part sebelum diserah. Tanya pada pemilik bot apa masalah enjin tersebut. Penjual yang baik hati akan memberitahu semua masalah yang ada. Risik lah maklumat tentang enjin tersebut dari rakan yang lain. Anda perlu tau setiap enjin yang telah anda beli dan duit bertukar tangan, tiada lagi gantirugi sekiranya enjin rosak keesokkan harinya. Jangan berhutang, beli bot kena cash, tiada ansuran bulanan. Kalau ada pun, lepas habis bayar baru dapat enjin atau botnya.
Pastikan bot anda sesuai dengan lokasi memancing. Contohnya, bot 12 kaki dengan enjin 5 kuda hanya sesuai di sungai atau pantai terlindung dari ombak. Bot 16 kaki dengan enjin 15 kuda sesuai di laut terlindung. 22 kaki dan 30 kuda sesuai di laut terbuka, selagi ombak tidak terlalu besar dan tekong pandai mengemudi.
Nak letak kat mana bot anda, sebab kebanyakan org yang memiliki bot berada berdekatan supaya senang nak intai tiap hari. Kalau anda duduk jauh dari pengkalan tersebut, banyak masalah akan timbul nanti. Bot ni kalau di kunci pun boleh hilang. Pencuri sekarang pandai dan berani. Ada kejadian bot dicuri depan mata pun tak sedar. Berikut tips bagi yang meletak bot di pengkalan:-
- Masuk persatuan atau kelab jika pengkalan tersebut ada persatuan.
- Bayar wang yuran persatuan setiap bulan untuk elakkan tapak di ambil orang lain.
- Kenali ketua pengkalan dan berbaik-baik sesama ahli.
- Berilah duit atau upah kepada orang yang boleh diharap di pengkalan tersebut, jangan kedekut. Mungkin dengan pemberian tersebut dapat selamatkan bot anda suatu hari nanti.
- Berilah sumbangan kepada pengkalan untuk menunjukkan prihatin anda. Sebagai contoh baiki jambatan ke, tiang jeti ke.
- Sentiasa bantu membantu ketika ada masalah, sebagai contoh tolong timba air sampan kat sebelah bot anda. Ingat, allah melihat ape yang anda buat. Setiap pertolongan ada balasan walaupun kita tak sedar.
- Mengenali setiap anggota ahli supaya senang berkomunikasi. Jangan gaduh-gaduh dengan perkara remeh temeh. Maklumlah kita ni manusia, selalu buat silap.
- Jangan ganggu harta orang lain, contoh pinjam sauh tanpa beritahu ke, pinjam kole timba air ke, letak barang sesuka hati, benda kecil macam ni boleh keruhkan perhubungan sesama ahli.